• Jika anda cuba amalkan untuk melakukan tugas-tugas kecil berikut setiap hari, pasti ia akan menjadi kebiasaan lama kelamaan dan anda mungkin tidak perasan yang anda melakukannya. Hanya beberapa minit, beberapa saat sahaja perlu diluangkan, dan kesannya pasti membuat hidup anda lebih sempurna.
  • Rak kayu dinding ini sesuai diletakkan di ruang-ruang yang sempit. Boleh dijadikan sebagai rak pameran barang bersaiz kecil dan tanaman renek. Untuk lebih menarik, aliskan cat minyak dengan warna mengikut tema yang di tetapkan.

  • Kehadiran Pekida Daerah Kuala Terengganu memberi kelegaan kepada seorang bapa yang hanya bekerja sendiri, tanpa pendapatan tetap malah terpaksa menanggung dua anak kurang upayanya dari Cerang Cina, Marang, lapor Skuad Marang, Mohd Azlim Zainury.
  • Kira-kira 20 penggali kubur dan tukang mandi jenazah di Seberang Perai Utara dan Sungai Petani berhimpun di hadapan Masjid Daerah Seberang Perai Utara, Telok Air Tawar bagi memohon elaun bulanan daripada kerajaan, lapor Skuad Seberang Perai Utara, Muhammad Aminuralif Mohamad Zoki.
  • Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) memerlukan lebih ramai penyelam berstatus 'EcoDiver' bagi melahirkan penyelam yang berilmu dan bertanggungjawab dalam melestarikan ekosistem terumbu karang, lapor Skuad mersiang Raziatul Hanum A. Rajak. Kredit video: Kudin Noordin
  • Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad memaklumkan pihak nya setakat ini masih belum berhasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berhubung dakwaan pemimpin PKR itu mengenai FIC London Hotel Pte Limited Felda House.
  • Polis dapat mengesan tiga mangsa terselamat daripada kejadian tanah runtuh di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah, lapor Wartawan Pulau Pinang Mohd Iskandar Othman.
  • Anak syarikat dimiliki sepenuhnya oleh Felda, Felda Investment Corporation Sdn Bhd atau FIC mengesahkan dua syarikat iaitu FIC London Hotel (Private) Limited (FLH) dan FIC Global Limited (FGL) yang didaftarkan di British Virgin Island adalah hak milik FIC sepenuhnya dan FIC juga mengesahkan FLH adalah pemilik tunggal The Park City Grand Plaza Kensington Hotel di London manakala FGL adalah pemilik tunggal Felda House dan Grand Felda House, juga di London.
  • Seorang penjenayah paling dikehendaki dari Michigan, AS menunaikan janjinya selepas berjaya mendapat sekurang-kurangnya 1,000 'like' di Facebook sebelum menyerah diri kepada polis. Sumber: https://youtu.be/ybnrJBxqUSs
  • Berikut adalah sebahagian daripada permintaan penduduk Kuala Rompin kepada perdana menteri bagi meringankan beban mereka sebelum Bajet 2018 dibentangkan pada 27 Oktober ini, lapor Skuad Rompin Muhayudin Salleh.
  • Polis Marin berjaya membuat rampasan terbesar rokok tiruan dipercayai diseludup dari negara jiran bernilai kira-kira RM4.88 juta di perairan Sungai Sekawang, Port Dickson, Negeri Sembilan, lapor Skuad Alor Gajah Nor Farhana Yaacob.
  • Pengerusi Persatuan Belia Satria 16 Shah Alam, Zulkifli Mohd Shahru berkata remaja yang berkeliaran sekitar Seksyen 16 Shah Alam dengan basikal yang diubah suai atau lebih dikenali 'Mat Lajak' bukannya budak-budak liar, tetapi mereka tiada tempat untuk mengadakan aktiviti bersama kawan-kawan terutamnya ketika musim cuti sekolah.
  • Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menasihati orang ramai supaya berhati-hati dengan tawaran harga melampau murah pakej Umrah dan segera melaporkannya kepada persatuan pengguna jika mendapat maklumat mengenai tawaran sedemikian.
  • Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) mematahkan cubaan menyeludup kira-kira 2.2 juta batang rokok putih bernilai lebih RM363,080.00 termasuk duti import dalam serbuan di perairan Tanjung Gemok, Lukut Negeri Sembilan, awal pagi tadi, lapor Skuad Alor GajahNor Farhana Yaacob.
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan masih menunggu waris terdekat kepada lima beradik, berusia dari sembilan hingga 11 tahun yang pernah hidup daif di sebuah rumah buruk di Kampung Paloh, Pintu Geng tampil untuk proses jagaan, lapor Wartawan Kota Bharu Habsah Ismail.
  • Wanita yang menghilangkan diri ke Indonesia, Nurul Farhana Ahmad terus memasakkan makanan kegemaran ibunya sup kaki ayam sejurus pulang ke pangkuan keluarganya di Parit 7, Pasir Panjang dan wanita itu tekad tidak mahu lagi mengingati suaminya yang hilang sejak tujuh bulan lalu, lapor Skuad Sabak Bernam Mohd Izzatul Izwan.
  • Mimbar didakwa sudah berusia 100 tahun menambah daya penarik Masjid Al Mubarak, Permatang Bogak, Kepala Batas apatah lagi dengan ukiran seninya yang cantik dipercayai direka seiring zaman kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah sekitar tahun 1914, lapor Wartawan Seberang Perai Utara Muhammad Aminuralif Mohamad Zoki.
  • Keluarga berhasrat mengadakan kenduri kesyukuran di atas kepulangan Nurul Farhana Ahmad, 25 yang pulang ke Malaysia petang semalamselepas menghilangkan diri ke Indonesia selama dua tahun, lapor Skuad Sabak Bernam Mohd Izzatul Izuan Tahir.
  • Seorang sarjan polis direman tiga hari atau hingga 23 Oktober ini berhubung siasatan dipercayai terlibat rasuah, lapor Wartawan Seremban Khairulkheiza Mohd Najib. Majistret Mahkamah Khas Reman Seremban, Rahimah Rahim membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan polis wanita berusia 36 tahun berkenaan yang bertugas di Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu itu untuk siasatan disyaki menerima suapan sRM1,200 daripada seorang penagih dadah.
  • Tindakan pantas anggota penyelamat (lifeguard) berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan daripada lemas ketika bermain di sebuah kolam di taman tema, Bukit Merah Laketown Resort, semalam, lapor wartawan Ipoh, Normawati Adnan dan Khairil Anwar Mohd Amin.
  • Seperti gempa bumi, itulah yang digambarkan salah seorang mangsa ribut di Kampung Paya Garuk, Jerantut Feri, di mana sebahagian atap rumahnya rosak dalam kejadian ribut yang melanda daerah Jerantut sekitar jam 9 malam kelmarin, lapor skuad Jerantut, Norhafizan Zulkifli.
  • Nurul Farhana Ahmad yang menghilangkan diri ke Indonesia ditemukan hidup dalam keadaan daif di Batubara, kata Ahli Parlimen Sungai Besar Budiman Ahmad Zohdi selepas misi mencari dan membawa pulang wanita itu berjaya, lapor Skuad Kuala Langat & Sepang Nurul Firdaus Khairi.
  • Anak kelahiran Selayang memanfaatkan kelebihan mengenali selok-belok jalan yang menjadi mainan sejak kecil untuk menjuarai peringkat empat Tour De Selangor bagi laluan Shah Alam ke Kuala Kubu Bharu, pagi semalam, lapor skuad Hulu Selangor, Mohd Ridzuan Abu Hassan.
  • Pihak berkuasa tempatan (PBT) di Melaka diminta menyediakan garis panduan kepada pemilik rumah yang mahu menyewakan rumah, lapor Skuad Alor GajahNor Farhana Yaacob.
  • Projek Pusat Transformasi Bandar (UTC) di bangunan Angsana Seremban, Ampangan sudah siap 80 peratus dan dijangka dapat beroperasi Januari depan, lapor Wartawan Seremban Syamilah Zulkifli.
  • Seorang penyokong pasukan Everton yang masuk campur pergaduhan melibatkan pasukan Everton dengan Lyon lion diharamkan dari menghadiri perlawanan melibatkan Everton untuk seumur hidup.
  • Laporan kejadian kemalangan maut melibatkan empat motosikal di Kilometer 4 Jalan Felda Sungai Koyan- Kuala Medang kira-kira jam 10.30 malam tadi. Skuad Lipis, Norfarhiza Mohd Atar melaporkan dari Jabatan Forensik, Hospital Kuala Lipis.
  • Suasana pilu di rumah mayat Hospital Lipis Jenazah dua mangsa kemalangan maut melibatkan empat motosikal di Kilometer 4 Jalan Felda Sungai Koyan-Kuala Medang kira-kira jam 10.30 malam tadi dibawa ke tanah perkuburan Islam Kuala Medang untuk dikebumikan, lapor Skuad Lipis, Norfarhiza Mohd Atar.
  • Sidang Media Persatuan Bugis Negeri Johor mendesak Tun Mahathir memohon maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataan mengenai Bugis sebagai lanun, lapor wartawan Johor Bahru, Norshikin Mohd Salleh.
  • Sidang media isu PPIM diugut sindiket judi Ketua aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan mendakwa diancam sindiket perjudian kerana mendedahkan kegiatan mereka, lapor Wartawan Sinar TV Norutul Ilham Mad Jari
  • Nurul Farhana Ahmad mungkin termakan janji manis lalu sanggup menghilangkan diri ke Indonesia, kata bekas rakan sekerja wanita berkenaan, lapor Skuad Sabak Bernam Mohd Izzatul Izuan Tah
  • Seorang wanita berusia 25 tahun yang menghilangkan diri ke Indonesia, kira-kira dua tahun lalu Nurul Farhana Ahmad akhirnya pulang ke pangkuan keluarganya di Parit 7, Sekinchan dengan penuh rasa gembira selepas misi mencarinya berjaya, lapor Skuad Kuala Langat & Sepang Nurul Firdaus Khairi.
  • Sanak saudara bersyukur Nurul Farhana Ahmad yang menghilangkan diri ke Indonesia akhirnya pulang kepangkuan keluarga di Parit 7 Sekincan, lapor Skuad Sabak Bernam Mohd Izzatul Izuan Tahir.
  • Kesatuan Kebangsaan Anak -anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam) mahu Khazanah Nasional (Khazanah) memberi penjelasan sebenar berhubung krisis dalam Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) setelah Ketua Pegawai Eksekutifnya, Peter Bellew meletak jawatan, lapor Wartawan Sinar Harian Online Muhammad Afham Ramli.
  • Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) berharap kerajaan membantu menyelesaikan isu pesawah padi dan pihaknya bersama badan bertindak selamatkan industri padi dan beras negara (Padi Rescue) menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini.
  • Badan bertindak selamatkan industri padfi dan beras negara (Padi Rescue) bersama Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggesa kerajaan menilai semula objektif penubuhan Bernas.
  • Sebanyak 36 saman dikeluarkan kepada pemandu membabitkan 22 buah lori dan 14 bas kerana memandu melebihi had laju iaitu 90km/j bagi bas dan lori 80km/j dalam operasi polis bersama Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di Lebuhraya Utara Selatan, awal pagi tadi, lapor Wartawan Ipoh Normawati Adnan.
  • Lima sekeluarga tinggal sehelai sepinggang akibat kediaman mereka antara sepuluh premis bangunan yang terbakar dalam kejadian di Kampung Teluk, Jalan Jeti, awal pagi tadi lapor Skuad Kerian, Khairil Anwar Mohd Amin.
  • Antara paparan yang menarik ialah Tun Mahathir janji selamatkan kakitangan kerajaan lawan Najib, Presiden Pas suruh Tun Mahathir bertaubat, Shafie masuk hospital akibat darah tinggi selepas ditahan SPRM, Tombiruo : Penunggu Rimba terus 'mengganas' di pawagam
  • Kenali usahawan ECER ini yang merupakan pengusaha kopi durian musang king 3 dalam 1
  • Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berikrar untuk menghapuskan sebarang aktiviti perjudian di daerah itu, lapor skuad Seberang Perai Utara, Muhammad Aminuralif Mohamad Zoki.
  • Beginilah keadaan lebih 500,000 pelarian di empat kem utama di Cox's Bazar iaitu Kutupalong, Balukhali, Tangkhali dan Teknaf, lapor Wartawan Sinar Harian Siti Sharosamirah Shaharman.
  • Video ‘kereta hantu’ yang dirakam di Singapura kini tular menunjukkan sebuah kereta tiba-tiba muncul menyebabkan kemalangan.
  • Bermula pada 2012, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memperuntukkan isi rumah berpendapatan bawah RM3,000 dan bujang berpendapatan bawah RM2,000. Bermula dari itu setiap tahun rakyat menikmati BR1M sehingga ke hari ini dengan peningkatan jumlah bayaran dengan pelbagai faedah lain.
  • Polis merampas kira-kira 533 ketulan ganja dianggarkan bernilai RM1.58 juta dalam serbuan di sekitar Kuala Kedah, lapor skuad Kota Setar, Nurul Hidayah Hamid.
  • Meskipun ketinggalan 2-0 dalam aksi pentas final Piala Presiden di Stadium Majlis Perbandaran Selayang minggu lalu, pasukan bawah 21 tahun Terengganu enggan mengalah untuk memburu gelaran juara ketika melayang kunjungan Selangor dalam aksi final kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam esok, lapor wartawan sukan Kuala Terengganu, Zubir Sulaiman.
  • Antara paparan yang menarik: Seleweng dana: Giliran Shafie Apdal pula dipanggil SPRM , GST boleh dihapuskan tanpa jejas ekonomi negara: Tun M, Khalid Samad nafi hina Zamihan, enggan mohon maaf, Pelajar sekolah didenda RM5,000 hina sultan Perak
  • Jabatan Kesihatan Terengganu bekerjasama dengan SKMM untuk mengesan pengusaha kosmetik haram yang menjual produk secara dalam talian, lapor Wartawan Terengganu, Norhaspida Yatim.
  • Pemasangan kolar bersatelit memudahkan usaha Perhilitan mengesan kumpulan gajah liar sekali gus membantu menangkap seekor gajah betina berusia sekitar lapan hingga 10 tahun di sekitar kawasan kampung Batu Leja, lapor Skuad Jerantut Norhafizan Zulkifli.
  • Sekumpulan anak muda di Pulau Aur mengembalikan kegemilangan permainan gasing tradisional yang pernah begitu popular suatu ketika dahulu di kampung mereka, lapor Skuad mersing Raziatul Hanum A. Rajak.
  • Aksi sekumpulan remaja yang menunggang basikal secara merbahaya di Seksyen 16, Shah Alam mengundang bahaya malah ada yang berani membuat aksi ‘superman’.
  • Seorang petani berputih mata apabila tanaman jagung diusahakan musnah diganggu seperti monyet dan kera di Kampung Perigi, Yan, lapor Skuad Yan/Pendang Norjuliana Yaacub
  • Suasana di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD) Pontian bertukar hiba sebaik sahaja laporan polis terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa menghina masyarakat Bugis selesai dilakukan Persatuan Bugis Johor Cawangan Pontian, lapor skuad Pontian, Nor Azura Md Amin.
  • Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) memperuntukkan RM17 juta dalam usaha mengatasi masalah hakisan jangka panjang bagi Pantai Kundor dan Mek Mas sepanjang kira-kira tiga kilometer, lapor wartawan Kota Bharu, Habsah Ismail.
  • Seorang wanita ‘hilang akal’ selepas telefon bimbitnya terjatuh ke dalam tasik ketika mengambil gambar, malah sanggup terjun ke dalam tasik untuk mengambil telefon bimbitnya. Sumber video Mirror (https://youtu.be/4QCegx0VSrI)
  • Timbalan Presiden Yayasan Amal Malaysia, Jamuliddin Elias berkata dana kutipan Sinar4Rohingya digunakan untuk membina khemah-khemah kepada pelarian Rohingya di kem Balukhali, Cox's Bazar, Bangladesh.
  • Pelarian Rohingya yang berada di kem Balukhali, Cox's Bazar kini sudah pun mempunyai penempatan yang selesa dengan pembinaan khemah-khemah untuk mereka tinggal walaupun dibina tidak seberapa.
  • Persatuan Perubatan, Pengubatan dan Kebajikan Islam Malaysia (Darussyifa’) Kelantan masih menanti kehadiran gadis yang ‘diserang’ api misteri, Wan Nur Fatihah Wan Hanafi, 19 dan neneknya, Zainab Sulaiman, 80 atau dikenali sebagai Mok Nab, lapor wartawan Kota Bharu, Habsah Ismail.
  • Bajet 2018 yang bakal dibentangkan pada 27 Oktober ini memberi harapan besar buat penggiat industri pelancongan negara, ikuti pendapat mereka, lapor Skuad Port Dickson, Nurulatiq Ahmad Bandi.
  • Kekejaman tentera Myanmar ke atas etnik Rohingya masih belum tamat malah, mereka merancang menghalau atau menghapuskan kaum ini dari bumi Myanmar, ikuti laporan khas dari Wartawan Sinar Harian, Mohd Shamsul Ghani dan Siti Shahrosamirah Shaharman dari Cox's Bazar, Bangladesh.
  • Buletin sinar hari ini membawakan isu: Masyarakat Bugis desak Tun M minta maaf; Dzulkifli tidak tunduk pada serangan 'kotor, jijik'; Seorang lagi adik Shafie Apdal ditahan SPRM; MAS terkejut Peter Bellew umum letak jawatan
  • Ahli Jawatankuasa Kluster Ekonomi & Pengurusan Majlis Profesor Negara, Datuk Dr Mohamed Mustafa Mohd Hanefah berkata, kerajaan perlu mewujudkan cukai keuntungan modal iaitu cukai ke atas saham, bon dan waran kerana ia akan memberi pendapatan kepada negara.
  • Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata, terpulang kepada Pas sama ada nak tangguhkan Rang Undang-undang (RUU) 355 atau tidak kerana ia merupakan usul persendirian Pas.
  • Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata, undi perantau boleh membawa perubahan kepada Umno di Kelantan. Oleh itu, Umno perlu bekerja keras untuk mendapatkan kepercayaan pengundi.
  • Ahli keluarga digalakkan untuk terlibat dalam pengurusan jenazah keluarga masing-masih kerana ia lebih afdhal dan bermanfaat untuk si mati serta keluarga itu sendiri, lapaor Skuad Marang Nor Khalilah Gusti Hassan.
  • Bapa mangsa kemalangan maut Azizi Ismail reda dengan pemergian anaknya, Mohd Nazri Aziz selepas dalam kemalangan di kilometer 231.6, Lebuhraya Utara-Selatan (arah Utara), Rembau, lapor Skuad Tampin Nor Ainna Hamzah.
  • Langit di kota London, England berubah menjadi warna oren pada Isnin lalu kesan dari ribut Ophelia yang membawa debu dari Sahara dan asap dari kebakaran di selatan Eropah sebelum terkena selaran sinaran cahaya matahari. Sumber video RT (https://youtu.be/2Wlru6HJr5k)
  • Apakah usaha dan tindakan kerajaan untuk menangani harga rumah yang semakin mahal kini? Rakyat Malaysia berharap ada khabar gembira dalam Bajet 2018 yang akan dibentangkan Perdana Menteri pada 27 Oktober ini.
  • Majlis Perbandaran Kota Bharu- Bandaraya Islam (MPKB-BRI) menyasarkan kira-kira 10,000 pengunjung sempena Karnival Toyyiba 2017 Perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, bermula pada 26 Oktober hingga 28 Oktober ini, lapor wartawan Kota Bharu, Habsah Ismail.
  • Bagi memberikan keceriaan kepada golongan yang kurang berkemampuan dalam menyambut Deepavali, Pertubuhan Jaringan Cemerlang Masyarakat Bersatu Bentong (JCMB) bertindak proaktif menghulurkan sumbangan kelengkapan pakaian baharu, lapor Skuad Bentong, Aiman Sadiq Abdullah.
  • Seorang penjual lemang bersama dua rakannya yang sedang memotong pokok leban di pinggir sebuah kebun di Kampung Sungai 2, Gemenceh tengah hari, semalam terkejut dengan kemunculan dua ekor harimau menyebabkan mereka lari lintang pukang, lapor Skuad Rembau Nor Ainna Hamzah.
  • Pendikir tersohor Kelantan, Nordin Yusoff atau dikenali sebagai Megat Nordin dilaporkan sedang kritikal akibat penyakit pada hatinya di wad Mahsuri Hospital Raja Perempuan Zainab II, lapor Wartawan Kota Bharu Rosalwani Che Soh.
  • Timbalan Ketua Kluster Ekonomi & Pengurusan Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Dr Jamal Othman, berkata, pemberian BR1M bersyarat perlu dilaksanakan dalam bentuk bayaran tunai, bayaran tunai bersyarat atau baucar makanan agar ia lebih produktif.
  • Presiden Majlis Profesor Negara, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose menjangkakan peruntukan bajet tahun ini lebih besar dari tahun lepas. Menurutnya, peruntukan besar itu perlu dilihat sesuatu yang positif oleh semua rakyat Malaysia.
  • Antara paparan menarik: Hanya pemimpin 'otak senget' panggil Bugis itu lanun: Pas; Malulah Pakatan Harapan, ada pemimpin 'besar' pun tak boleh lawan Pas; Kontroversi ceramah: Zamihan mohon maaf kepada Sultan Selangor;Video pikat isteri orang, Dzulkifli diserang dengan kejam
  • Geng curi motosikal digelar Geng Ferol yang menawarkan leraian komponen kenderaan itu menerusi laman sosial Facebook berjaya ditumpaskan selepas Polis Pahang memberkas empat lelaki dipercayai ahli geng itu, lapor Wartawan Kuantan Erma Yusnida Jusoh.
  • Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan mengingatkan rakyat negeri itu supaya bersedia dengan kemungkinan banjir memandangkan musim tengkujuh dari November hingga akhir Januari depan apatah lagi berkemungkinan akibat kenaikan paras air Sungai Golok, lapor Wartawan Kota Bharu Habsah Ismail.
  • Tujuh penyokong bola sepak yang ditahan selepas perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia antara Perak dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Perak masing-masing dijatuhi hukuman denda RM500 oleh mahkamah Sesyen Ipoh, hari ini lapor Wartawan Ipoh Shahrizal Ahmad Zaini.
  • Mahkamah Majistret Kuantan, hari ini menolak permohonan polis untuk mendapatkan perintah reman selama empat hari terhadap Pengarah Urusan DBI Properties, Datuk Noruliman A. Rahman atau dikenali sebagai Boy Iman yang ditahan berhubung kes penipuan jualan rumah bernilai lebih RM6 juta, lapor Wartawan Kuantan Diana Surya Abd Wahab.
  • Polis tahan tiga lelaki di Kelantan disyaki rancang serangan di Better Beer Festival, pusat hiburan, rumah ibadat di Lembah Klang
  • Aksi kanak-kanak Rohingya yang dirakam Wartawan Sinar Harian, Siti Shahrosamirah Shaharman di Kem Kutupalong, Ukhiya, Cox's Bazar, Bangladesh. Kelihatan kanak-kanak menangis kelaparan dan ada juga bayi yang tidur sementara menunggu ibunya memasak.
  • Seorang budak lelaki berusia tiga tahun bertindak berani ‘menunggang’ ular sawa sepanjang enam meter di perkarangan rumahnya ketika banjir di Vietnam. Sumber video World News (https://youtu.be/2C5YRfJj1sA)
  • Pendikir tersohor, Megat Nordin atau nama sebenarnya, Nordin Yusoff, 56, yang menghidap penyakit bengkak hati sejak setahun lalu dan perutnya semakin membengkak kini terlantar di rumahnya di Kampung Chepa, Binjai, lapor wartawan Kota Bharu, Rosmiza Kasim.
  • Seorang anggota peronda Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) maut semasa menjalankan tugas mengalihkan dan mengumpulkan kon di laluan kecemasan dalam kejadian di kilometer 231.6, Lebuhraya Utara-Selatan (arah Utara), petang semalam, lapor Skuad Rembau/Tampin, Nor Ainna Hamzah.
  • Ikuti lapan permintaan tertinggi netizen tentang ekonomi digital menjelang Bajet 2018 yang akan dibentangkan pada 27 Oktober ini.
  • Kegembiraan enam sekawan yang mandi-manda di Pantai Sabak, di Pengkalan Chepa, berakhir tragedi selepas seorang daripada mereka lemas dalam kejadian petang tadi. Mangsa Muhammad Syahir Saadi, 10, dipercayai dihanyutkan arus deras selepas gagal menyelamatkan diri ketika berada di tengah pantai, lapor wartawan Kota Bharu, Rosalwani Che Soh.
  • Benarkah wang sumbangan anda sampai ke tangan penerima? Hari ini #SINAR4ROHINGYA secara eksklusif dari Teknaf, Bangladesh menyerahkan sumbangan berbentuk makanan pakaian buat 30 keluarga pelarian Rohingya
  • Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata ada kaedah tertentu untuk bangunkan negara, katanya ketika sesi soal jawab secara langsung ' Bicara Wawasan 2020' yang disiarkan menerusi facebooknya, hari ini.
  • Bekas Perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata menaikkan gaji bukanlah kaedah yang terbaik untuk menghapuskan rasuah, katanya ketika sesi soal jawab secara langsung ' Bicara Wawasan 2020' yang disiarkan menerusi facebooknya, hari ini.
  • Warga kota menyerbu Restoran Gabungan NGO 1Malaysia di Jalan Pahang, hari ini, untuk menikmati hidangan percuma, lapor skuad Ampang, Ahmad Ismadi Ismail.
  • Sebanyak 1.7 tan sampah berjaya dikumpulkan sepanjang program 'Sibu Clean Up and Eco Learning' yang berlangsung selama tiga hari dua malam di Pulau Sibu bermula Ahad lalu, lapor skuad Mersing, Raziatul Hanum A. Rajak.
  • Pengguna yang menggunakan kemudahan tandas awam di stesen bas dan kereta sewa Pekan Sabak mengeluh berikutan kesemua pintu tandas yang baharu sahaja dibaik pulih tidak boleh ditutup rapat sejak tiga bulan lalu, lapor Skuad Sabak Bernam Mohd Izzatul Izuan Tahir.
  • Polis menumpaskan geng Boy Alza yang dikesan menggunakan penyembur cecair racun serangga terhadap mangsanya sebelum menyamun di sekitar daerah ini yang aktif sejak sebulan lalu, lapor Skuad Besut Mohd Taha Yaacon.
  • Buletin Sinar hari ini membawakan isu: Mahu Tun Mahathir ditahan bawah Akta Hasutan: Pas; Himpunan gagal sebab Harapan berbaju merah: Jamal; Khalid Ibrahim bidas, tak gentar ‘ugutan’ kerajaan Selangor dan Penjaga gol Kelab Persela Lamongan meninggal dunia
  • Pelbagai barangan tiruan dan cetak rompak bernilai hampir RM2.536 juta melibatkan 43 kes rampasan dilupuskan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor, lapor wartawan Sentral Selangor, Mohd Fahmi Ismail.
  • Beginilah realiti sebenar perjalanan kehidupan pelarian Rohingya di Kem Pelarian Balukhali, Cox's Bazar Bangladesh. Laporan wartawan Sinar Online Muhammad Shamsul , lintas langsung dari Bangladesh.
  • MyPPP telah bersedia dengan senarai calon Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 untuk dipertimbangkan kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN),Datuk Seri Najib Tun Razak, lapor Skuad Alor Gajah, Nor Farhana Yaacob.
  • Pasangan kembar dari Hampshire, Britain berjaya memecahkan rekod mereka sendiri bagi buah labu paling berat di negara itu.
  • Sempena Bajet 2018, inilah luahan hati rakyat marhaen kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan membentangkan Bajet 2018 pada 27 Oktober ini.
  • Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan ada berita gembira untuk penjawat awam dalam Bajet 2018 pada 27 Oktober ini dan ia menimbulkan sungutan daripada pekerja swasta bahawa mereka dianaktirikan oleh kerajaan. Sejauh mana pembentangan bajet kali ini memberi faedah kepada pekerja sektor swasta.
  • Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan ada berita gembira untuk penjawat awam dalam Bajet 2018 pada 27 Oktober ini dan ia menimbulkan sungutan daripada pekerja swasta bahawa mereka dianaktirikan oleh kerajaan. Sejauh mana pembentangan bajet kali ini memberi faedah kepada pekerja sektor swasta.
  • Peguam, Siti Kasim menempelak beberapa kumpulan individu yang mempersoalkan pesta arak di negara ini.