Tidak kira di mana pun anda beraya, sama ada di kampung ataupun bandar, gangguan nyamuk sentiasa ada. Jadi, bagi mengelakkan anda sendiri dan si kecil terutamanya digigit nyamuk, jom amalkan empat petua ini. Sedikit sebanyak dapat membantu anda.

1. Gunakan bahan masakan

Bahan-bahan:

Beberapa kuntum bunga cengkih

Sebatang serai bersama daunnya l dipotong halus

Sebiji limau purut/limau nipis/lemon

Segelas air suam

Cara penyediaan:

1. Perah limau purut/limau nipis/lemon ke dalam gelas air suam dan masukkan kesemua bahan-bahan yang lain.

2. Tutup gelas dan biarkan dalam 2 - 3 jam sehingga air berbau wangi.

3. Sapukan pada bahagian badan yang sering digigit nyamuk sebelum tidur.

4. Tapis air tersebut ke dalam botol kaca dan simpan di dalam peti sejuk. Ia boleh diulang pakai dalam tempoh tiga hari.

2: Gabungkan minyak pati

Bahan-bahan:

Minyak pati serai wangi (lemongrass)

Minyak pati pudina (peppermint)

Minyak kayu putih (eucaplyptus).

Air suam

Cara penyediaan:

1. Titiskan ketiga-tiga jenis minyak ini (antara 5 - 6 titis) ke dalam shaker yang berisi air suam dan goncang.

2. Sapukan pada bahagian badan yang kerap kali nyamuk gigit.

Nota: Elakkan daripada tekena mata

3. Manfaat bunga cengkih dan limau nipis

Bahan-bahan:

Sebiji limau nipis l dipotong dua

Beberapa kuntum bunga cengkih

Cara penyediaan:

1. Cucuk beberapa kuntum bunga cengkih di atas limau. Letaklah seberapa banyak bunga cengkih yang anda suka.

Nota: Jika limau mulai kecut, buat yang baru.