BBQ  HONEY CHICKEN WINGS
BHAHAN-BAHAN:

  • 8 ketul kepak ayam
  • 3 ulas bawang putih | ditumbuk lumat
  • 3 sudu makan  kicap manis
  • 5 sudu makan  sos lada hitam
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 4 sudu makan madu
  • 2 sudu makan jus lemon
  • 1 sudu makan  minyak jagung
  • Garam secukup rasa
  • Bijan putih untuk ditaburkan atas ayam


CARA MEMASAK:

  1. Kepak ayam dibersihkan dan ditoskan.
  2. Gaul semua bahan bersama kepak ayam kecuali bijan dan perap selama 2-3 jam.
  3. Bakar sehingga kepak ayam masak kekuningan .


INFO CHEF:
Untuk perapan lebih baik simpan ayam yang telah diperap dalam peti sejuk.

Saiz hidangan: 1-2 orang
Waktu memasak: 15 minit
Jenis masakan: Lauk pauk
Keistimewaan:  Mudah dan sedap
Cara memasak: Perap dan panggang
Anggaran kos: RM10.00



BBQ LAMB RIBS
BAHAN-BAHAN
:

  • 6 keping tulang rusuk kambing |  di cuci dan di toskan
  • 2 ulas bawang putih | ditumbuk
  • 3cm halia | ditumbuk
  • 4 sudu makan Lee Kum Kee Marinade Sauce
  • 4 sudu makan sos tiram
  • 4 sudu makan sos barbecue
  • 3 sudu makan madu
  • 1 biji ketang | belah 4 dan panggang
  • 1/2 biji cili Bangala | panggang
  • 1/2 biji bawang Hollad | panggang


CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan tulang rusuk bersama bahan tumbuk dan semua sos.
  2. Masukkan dalam bekas bertutup dan perap  sekurang-kurangnya  dua jam.
  3. Kemudian panggang hingga masak. Hidangkan bersama sos yang sesuai berserta dengan salad.


INFO CHEF:
Semasa memanggang tuangkan lebihan bahan perapan ke atas tulang rusuk yang dibakar.

Saiz hidangan: 1-2 orang
Waktu memasak: 10-15 minit
Jenis masakan: Menu utama
Keistimewaan: Mudah disediakan dan enak
Cara memasak: Perap dan panggang
Anggaran kos: RM15.00


GRILLED LEMON & YOGURT CHICKEN
BAHAN-BAHAN:

  • 8 keping bahagian paha ayam
  •  1 cawan yogurt putih
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 cm halia | cincang
  • 1 biji cili hijau
  • 1/2 sudu teh kunyit
  • 3/4 sudu teh serbuk cili
  • 1/2   sudu teh serbuk ketumbar  

3/4 sudu teh garam

CARA MEMASAK:

  1. Kisar bawang putih, bawang merah, halia dan cili hijau.
  2. Campurkan bahan kisar dengan yogurt, serbuk kunyit, cili, ketumbar serta garam.
  3. Kemudian gaulkan dengan ayam dan perap sekurang-kurangnya dua jam.
  4. Bakar hingga masak.


INFO CHEF:
Hidangan ini sesuai dihidangkan dengan sos Lada Hitam atau sos BBQ.

Saiz hidangan: 1 orang
Waktu memasak: 15-20 minit
Jenis masakan: Hidangan utama
Keistimewaan: Ayam panggang yang lembut dan enak
Cara Memasak: Perap dan panggang
Anggaran kos: RM10.00


BBQ  DRUMSTIK
BAHAN-BAHAN:

  • 4-6    ketul paha ayam
  • 3 ulas bawang putih | ditumbuk lumat
  • 3 sudu makan kicap manis
  • 5 sudu makan sos lada hitam
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 4 sudu makan sos BBQ
  • 2 sudu makan jus lemon


CARA MEMASAK :

  1. Bersihkan paha ayam dan toskan.
  2. Gaul semua bahan bersama paha ayam.
  3. Perap selama 2-3 jam dalam peti sejuk.
  4. Bakar sehingga masak atau kekuningan.
  5. Hidangkan bersama salad, lobak merah, cili Bangala pangang dan sos cili.


INFO CHEF
Jika ingin segera dipanggang atau bakar, boleh kelar-kelar paha ayam supaya bahan perapan cepat sebati dengan daging.

Saiz hidangan: 1-2 orang
Waktu memasak: 15-20 minit
Jenis Masakan:  Menu utama
Keistimewaan:  Mudah saji dan sedap
Cara memasak: Perap dan panggang.
Anggaran kos: RM10.00


 

SAVOURY MARINATED STEAK
BAHAN-BAHAN PERAP :

  • 180gm Striploin beef
  • 1 sudu makan herba campur
  • ½ sudu makan paprika
  • Garam secukup rasa
  • Lada sulah secukup rasa
  • •    Perapkan selama lima minit


BAHAN SOS SAVOURY
 3 sudu makan sos BBQ
1 sudu makan serbuk lada hitam
*campur kedua-dua bahan, kacau hingga sebati  

CARA MEMASAK :

  1. Gaulkan kepingan daging dengan bahan perapan. Perap selama lima minit.
  2. Kemudian, panggang daging lebih kurang 15 minit untuk kedua-dua belah daging.
  3. Setelah masak, hidangkan dengan sos dan hiaskan dengan kentang panggang, cili Bangala panggang, hirisan lemon dan salad segar.



INFO CHEF:
Jika suka boleh juga ditambahkan dengan jagung rebus dankentang putar. Ikut selera anda.

Saiz hidangan: 1-2 orang
Waktu memasak: 15 -20 minit
Jenis masakan: Menu utama
Keistimewaan : Daging lembut dan terasa rempah ratusnya
Cara memasak : Perap dan panggang
Anggaran kos: RM20.00