Bukan mudah untuk mengacara suatu majlis mahu pun bercakap di khalayak ramai walaupun ia direkodkan di hadapan kamera secara langsung (live).

 

Tidak semua mempunyai keberanian dan kebolehan seperti gadis ini. Beliau baru sahaja berusia 19 tahun dan masih belajar di Kirkby International College.

Lebih menarik lagi, beliau sudah memiliki program rancangan televisyen sendiri pada usia yang sangat muda! Bestkan?

 

Gadis tersebut bernama Qistina Enara dan sudah mula berjinak di dalam dunia perniagaan sejak berumur 16 tahun.

 

Enara mula berkecimpung di dalam dunia perniagaan dengan menjual barangan online seperti baju dan akesori fesyen berjenama

 

Selain daripada berniaga, beliau turut menjadi model dan pelakon dalam video musik, filem, drama dan telemovie.

Disebabkan beliau masih belajar pada usia ini, semangat dan minat terhadap lakonan daripada kecil telah membuatkan Enara terus mencari tempat agar beliau boleh meningkat naik dan berjaya merealisasikan impiannya.

 

Walaupun masih muda untuk melakukan semua perkara tersebut, Enara tetap dapat mengekalkan kerjaya dan pendidikan beliau dengan setara apabila mendapat anugerah dekan dan menjadi pelajar terbaik pada tahun 2016.

 

Dengan usaha gigih dan semangat yang kental, kini Enara telah mendapat tawaran untuk menjadi pengacara di PeaceYall FM selepas pemilik stesen tersebut melihat video beliau di laman YouTube dan Instagram.

 

Kini beliau sudah memiliki program rancangan televisyen sendiri dan masih menunggu ACTV memulakan operasi. Yang best sekali, rancangan yang di hoskan oleh Enara adalah secara langsung!

Lebih menarik lagi, beliau turut di tawarkan untuk menjadi Circus Ringmistress yang dianjurkan oleh Big Kid Entertainment, United Kingdom yang merupakan pemilik The Great British Circus dan The Amazing Russia Circus.

 

Beliau juga dipilih kerana hasil daripada video yang telah dimuat naik ke YouTube dan Instagram dan lebih meyakinkan apabila pemilihan tersebut tiada ujian yang harus dilakukan. Rezeki!

 

Selepas melakukan latihan selama dua hari dan mendapat ulasan yang baik daripada penonton, ia sekali gus membuatkan Enara menjadi 'First Malaysian Malay Girl' untuk Ringmistress bagi peringkat antarabangsa!

 

Tahniah, tahniah dan tahniah!

Sekali lagi, seorang rakyat Malaysia mengharumkan nama negara walaupun tidak ramai yang tahu siapakah beliau.

 

Bagi remaja di luar sana, untuk berjaya dalam mengejar impian, pastikan kamu melakukannya dalam landasan yang betul.

 

Tidak kira kamu masih belajar atau tidak mempunyai skil, yang penting semangat dan tidak berkira dalam melakukan sesuatu, ia pasti akan memberikan kamu hasil yang sangat memberangsangkan.

 

Semoga Qistina Enara berjaya dalam kerjaya dan dapat merealisasikan impiannya, serta menjadi inspirasi kepada remaja di luar sana!

Full Name : Qistina Enara

Umur : 19 years old

Tarikh lahir : 28-10-1997

Email Address : qenara@yahoo.com

Contact No : 010-296-8061 (Datin Emylia's talent agency)

Pekerjaan : Pelajar, Video Journalist/TV Host, emcee

Pertuturan : English, Melayu

Hobi: Outdoor activities, extreme sports, travelling and acting/rapping.

Instagram:

- www.instagram.com/qistinaenara (@qistinaenara)

Facebook:

- www.facebook.com/xoqistinaenara

Twitter:

- www.twitter.com/qistinaenara

Youtube:

- Qistina Enara