PELAKON dan pengacara, Hajjah Neelofa kini menjadi bahan kritikan umum di media sosial selepas diberi peluang menggayakan dan catwalk di pentas berprestij, semalam.

Acara Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW 2018) berlangsung selama lima hari anjuran kali keenam itu, menampilkan Neelofa dengan busana Maxmara.

"Hajjah Neelofa kesian kat kau jadi mangsa orang yang nak porak perandakan orang Islam... kesian," komen netizen.

"Nampak tak sesuai dengan dia, mungkin balutan di atas kepala tu agak berat dan baju serta seluar terlalu ketat. Nampak tak cantik tambahan dia rendah. Semoga bijak memilih pakaian," komen salah seorang pengguna Instagram.

Selain Neelofa, KLFW 2018 turut menampilkan Ameera Khan yang merupakan adik kepada pengacara MeleTop.

"@littlemisskhan apasal mula-mula nampak macam Arianna Grande, lepas posing terus jadi mek kelate," komen salah seorang netizen.

Biarpun dikritik hebat oleh netizen namun tidak kurang ada juga yang mengagumi bakat pelakon wanita itu kerana mampu dan berani menggayakan imej berkenaan dengan jayanya.

 

Antara bintang-bintang Malaysia turut serta mengambil peluang menunjukkan kehebatan mereka beraksi di pentas KLFW 2018 seperti, Syafiq Kyle, Idris Khan, Scha Alyahya, Awal Ashaari, Kavita Sidhu, Siti Saleha, dan Anzalna Nasir.