Menurut kajian yang dilakukan oleh sekumpulan pakar di di John Hospital, The Detroit Medicine Centre, ibu hamil yang mengamalkan makan sebiji buah epal setiap hari berupaya membantu melindungi janinnya daripada risiko dijangkiti asma dan alergi apabila dilahirkan.

Kajian tersebut mendapati wanita hamil yang makan epal setiap hari sepanjang kehamilan dapat menurunkan risiko terkena masalah alergi pada bayi mereka sebanyak 37% dan risiko bayi dijangkiti asma sebanyak 46%. Ini kerana buah epal mempunyai kandungan flavonoid yang tinggi serta antioksida yang lain. Jadi, mulai hari ini, jadikan buah epal sebagai menu wajib dalam diet harian anda.