KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa Hong Kong menolak permintaan rakan sejawatannya dari Singapura untuk menahan ahli perniagaan Low Taek Jho kerana didakwa melakukan pengubahan wang haram dan berurusan dengan dana berkaitan skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dua tahun lalu, lapor Bloomberg.

Laporan itu berkata demikian sebagai memetik jurucakap polis Singapura yang menyatakan bahawa terdapat dakwaan di manan Singapura tidak meminta bantuan untuk jutawan kelahiran Pulau Pinang yang berusia 37 tahun itu ditangkap.

Menurut jurucakap itu, permintaan itu dihantar ke Jabatan Kehakiman Hong Kong pada April 2016 di bawah perjanjian penyerahan pelaku pelarian antara kedua-dua wilayah.

Permintaan Singapura ditolak oleh pihak berkuasa Hong Kong, “jurucakap itu memberitahu Bloomberg, tanpa menjelaskan alasan penafian”.

Menurut jurucakap itu lagi, polis Singapura mengeluarkan waran tangkap untuk Low, yang lebih dikenali sebagai Jho Low pada April 2016 selepas siasatan dan tuduhan terhadap kes berkenaan termasuk menjadi individu penting kepada Malaysia dalam siasatan berkaitan 1MDB.

Interpol mengeluarkan notis merah untuk Jho Low pada tahun yang sama atas permintaan Singapura dan kedua-dua waran tangkap Singapura dan notis itu masih berkuatkuasa.

Jabatan Kehakiman Hong Kong memberitahu Bloomberg bahawa ia tidak memberi maklum balas mengenai kes itu namun wakil Jho Low tidak segera membalas email berkenaan.

Terdahulu , South China Morning Post melaporkan, Jho Low dipercayai telah melarikan diri dari Macau sama ada dengan kereta atau jet peribadi.

Malaysia mempunyai perjanjian ekstradisi dengan China.

[ARTIKEL BERKAITAN: Jho Low tinggalkan Macau]

[ARTIKEL BERKAITAN: Jho Low mohon suaka di Macau?]

[ARTIKAL BERKAITAN: Jho Low dipercayai guna pasport negara lain]