PASUKAN gergasi bola sepak dunia, Itali  gagal melayakkan diri ke Piala Dunia pertama kali sejak 1958 selepas tewas kepada Sweden 1-0, lapor Independent.

Sementara itu, pasukan Sweden pula berjaya mara ke Piala Dunia selepas kali terakhir pada 2006.

Ia kali kedua skuad Azzurri tidak layak ke pentas Piala Dunia sejak diperkenalkan pada 1930.

Itali gagal melepasi peringkat kumpulan yang dimenangi Sepanyol.

Dalam perlawanan play-off pertama, Itali tewas  di tangan Sweden. Misi mereka adalah untuk mengatasi defisit tersebut di San Siro.

Dalam perlawanan itu, Skuad Azzurri, yang diketuai Gian Piero Ventura ternyata tumpul apabila tidak dapat menyumbat sebarang gol selama 180 minit perlawanan.

Susulan itu, Kapten Itali Gianluigi Buffon turut mengumumkan persaraannya selepas kekalahan tersebut.

Pusingan akhir Piala Dunia akan diadakan di Rusia tahun depan.