Kebanyakan wanita hari ini punya kerja dan ada pendapatan sendiri. Kemampuan ini sekali gus menjadikan kaum hawa semakin berdikari malah boleh dikatakan terlalu independent.

Lihat saja isteri sekarang, ramai yang mengambil alih tugas suami kerana selesa menguruskan urusan itu sendiri. Tapi buat suami jangan terlalu senang hati bila punya isteri yang serba boleh ini.

Salah satu kesilapan besar kaum lelaki hari ini adalah membiarkan isteri melakukan banyak perkara sendiri. Memang memudahkan anda tapi untuk perhubungan ia membahaya. Ini pengakuan dari lelaki sendiri ya.

Tahu tak, kesilapan besar lelaki nowadays adalah terlalu selesa membiarkan perempuannya hidup berdikari dan menguruskan hidupnya seorang diri . Its good for them but not healthy for the relationship , i tell you .

Ini tanda isteri independent

  1. Yup , perempuan zaman sekarang mampu memandu sendiri ke mana hala yang dia ingin tuju .
  2. Beli barang keperluan di pasaraya sendiri. Eat alone among the crowds.
  3. Menguruskan emosinya sendiri. Either menangis bawah shower atau seronok makan kek depan tv sendiri.

Tapi jangan rasa selesa

Dan kamu suami tidak langsung bertanya rutinnya kerana kamu fikir tak banyak beza pada rutinnya setiap hari. Sibuk memenuhi kekosongan jiwa di media sosial, smartphone application atau game daripada mengambil tahu kekosongan pasangan sendiri.

Sama ada kewujudan kamu disedari atau tidak,its same. Sampai satu tahap dia akan fikir semua benda boleh buat so apa guna ada kamu lagi? So, hati-hati...

True mark of an independent woman is you all know she can live without you. She may be 'extremely comfortable' with the ease at which she feels she can manage everything in her life.

Cara melayan isteri independent

But dont take them for granted . Call , text or talk to her daily. Jadikan itu rutin walau di mana jua. Tak kan masa bercinta je chatting bagai. Lepas nikah lagila kena buat benda-benda ini.

Walau kesibukan mengejar kamu, walau masa mencemburui kamu. At least ask her - How hectic was your day today ? Did u sleep you well last night?

Benda yang kamu rasa remeh dan kecik untuk ditanya itulah yang sebenarnya mampu menyentuh hati dia paling dalam. Dan sekurang-kurangnya dia masih rasa you are still there in her life. Sesekali jadilah pendengar yang setia dan hargailah pasangan kita seadanya.

#copyandshare

#saya copy je sebab benda realiti. Kadang-kadang saya sebagai suami, kawan, teman kpd isteri kadang terlupa juga...

Sumber : Facebook Mohammad Noor HjNawi