Dikenali dengan nama kuih Tepung Bunga, yang dikatakan salah satu makanan tradisonal negeri Terengganu. Ada yang belum pernah merasa? Anda boleh mencuba resepi mudah kali ini, janji ada tepung pulut! Selamat mencuba! 
 
 
Bahan-bahan:
 
1 cawan tepung pulut
1/2 sk garam
air secukup nya ( ada resepi yang guna santan )
1 biji telur
gula castor
 
 
Cara Membuatnya:
  • Tepung pulut diuli dengan air yang telah dikacau dengan garam. Uli sehingga menjadi doh dan tidak melekat di tangan.
  • Buat bentuk bulat2 kecil dan leperkan..
  • Celupkan kedalam telur yg telah dipukul..
  • Goreng ke dalam minyak yang panas sehingga kekuning-kuningan.
  • Angkat dan salutkan kedalam gula.