SHAH ALAM - Bekas Pengarang Harian Metro, Ahmad Puad Onah dilaporkan meninggal dunia akibat lemah jantung di kediamannya, pagi tadi.

Anak Allahyarham, Amira memberitahu jenazah bapanya akan dikebumikan jam 4 petang ini.

“Dukacita dimaklumkan, abah saya, Ahmad Puad Onah telah kembali ke rahmatullah pagi di rumah Denai Alam akibat lemah jantung.

“Urusan mandi dan solat jenazah selepas Zohor di Surau Al-Abrar Denai Alam dan urusan pengebumian pukul 4 petang di Perkuburan Seksyen 21 Shah Alam,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahmad Puad juga bekas Pengurus Besar, Grand Briliance Sdn. Bhd.