Memastikan anak-anak sentiasa berada di dalam keadaan selamat itu telah menjadi tanggungjawab ibu dan ayah. Namun ada masa keterlekaan seketika saja sudah menyebabkan anak-anak berada dalam bahaya walaupun ketika bersama keluarga.

Ini yang terjadi pada Shuib dan Sarah baru-baru ini bila anaknya hilang ketika sedang membeli belah.  Melalui detik cemas tersebut menjadikan pasangan ini kini lebih bertanggungjawab dan berhati-hati.

Apa yang pasti, melunaskan tanggungjawab bukanlah tugas mudah. Ingin mengingati semula tanggungjawab masing-masing sebagai suami isteri pasangan ini bakal membaca kembali taklik yang pernah dilafaz sewaktu akad nikah dulu ulang tahun perkahwinan mereka yang ke lima 22 Februari nanti.

“Inilah impian saya yang sekian lama tertangguh. Sebelum ini kami hanya sekadar bernikah tanpa mengadakan majlis persandingan. Kalau diikutkan sudah lama saya merancang dan baru kini berpeluang untuk melaksanakannya.

"Majlis ini bukan sekadar makan-makan sebaliknya saya dan Shuib bakal membaca kembali taklik untuk mengingati semula tanggungjawab kami sebagai suami isteri.

"Awalnya memang saya rasa was-was tetapi selepas mendapat nasihat dan pandangan daripada Dato’ Dr Fadhilah Kamsah dan beliau mengatakan tiada masalah maka barulah kami berani untuk melaksanakannya. Majlis persandingan ini bakal dilakukan pada majlis ulang tahun kami yang bakal berlangsung Februari ini.  

 “Lagipun saya mahu melakukan benda baru dan sesuatu yang berbeza yang boleh kami berdua ingati. Tidaklah sekadar keluar makan berdua di hari ulang tahun, tiada sebarang makna kerana hari biasa pun kami boleh keluar bersama. Bahkan majlis ini juga sebagai penghargaan untuk perkahwinan kami yang sudah memasuki usia lima tahun.

Kisah lebih lanjut tentang pasangan ini Majalah Keluarga edisi Februari di pasaran.