PROGRAM WAKAF AL-QURAN KARANGKRAF KARYA BESTARI DITERUSKAN LAGI BAGI TAHUN 2018 INI
.
.
Alhamdulillah dengan sukacitanya, Karangkraf bersama penerbitan Karya Bestari melancarkan program Waqaf Al-Quran yang bertujuan untuk membekalkan Al-Quran ke masjid/surau, institusi pendidikan, rumah kebajikan, atau kepada orang perseorangan bergantung kepada permintaan pewakaf.
.
.
INDAHNYA WAKAF DAN SEDEKAH JARIAH
.
.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu). Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." (Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)
.
.
===============
SEDEKAH JARIAH
===============

.
.
Sedekah jariah adalah harta benda yang diwaqafkan kerana Allah Taala. Contohnya:
(1) Mewaqafkan sebuah kebun bersama hasil tanamannya untuk kebajikan umum. Atau mewaqafkan sebidang tanah untuk menjadi tapak masjid, surau, rumah anak yatim, madrasah, sekolah dan sebagainya.
(2) Mendirikan atau berkhairat ala kadarnya untuk mendirikan masjid surau, rumah anak yatim, madrasah, sekolah dan sebagainya.
(3) Mendirikan rumah waqaf untuk kaum kerabat sahaja atau umum untuk orang-orang miskin yang memerlukan tempat berteduh atau untuk disewakan dan hasilnya dikhairatkan untuk kebajikan umum.
(4) Mendirikan rumah 'musafir khanah' untuk persinggahan orang-orang musafir yang memerlukannya.
(5) Dan lain-lain lagi yang termasuk dalam amalan yang diredhai Allah seperti mendirikan hospital dan 'kutub khanah', mencetak Al-Quran dan kitab-kitab Islam serta buku-buku pengetahuan yang berguna dan sebagainya.
.
.
Amalan `WAKAF` dalam Islam ini telah bermula semenjak zaman Rasulullah s.a.w. dan telah berkembang di negara-negara Islam hingga hari ini dan seterusnya, malah ada yang datang membentuk Kementerian Waqaf di negara masing-masing.
.
Selagi harta benda yang diwaqafkan itu masih wujud dan dinikmati faedahnya olah umum maka tuan punya harta itu akan mendapat pahalanya berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia mati.
.
.
================
WAKAF AL-QURAN
================

.
.
Demikianlah besarnya ganjaran mewakafkan sesuatu harta untuk orang lain. Mungkin anda salah seorang drp jutaan umat lain yang ada menyimpan niat untuk mewakafkan harta ke jalan Allah Taala, tetapi tidak tahu caranya.
.
Di sini Karangkraf Mall bersama-sama Karya Bestari melancarkan PROGRAM WAKAF AL-QURAN KARANGKRAF KARYA BESTARI bagi melancarkan dan merealisasikan niat suci anda itu. Kitab-kitab suci ini akan disalurkan kpd sekolah, masjid, surau, madrasah, badan NGO & tempat-tempat lain yang dirasakan sesuai.
.
.
==================
CARA MEWAKAFKAN
==================

.
.
Layari https://bit.ly/2Li3gDD & buat pembayaran secara online mengikut jenis & kuantiti Al-Quran yang ingin diwakafkan. Antara Al-Quran yang disediakan:
.
1) AL-QURAN AL-KARIM AL-HARAMAIN berharga RM25 (Harga asal RM35)
2) AL-QURAN AL-KARIM berharga RM10 (Harga asal RM12)
.
.
Capaian mudah:
https://bit.ly/2Li3gDD
https://bit.ly/2Li3gDD
https://bit.ly/2Li3gDD


.
.
atau taip `WAKAF AL-QURAN` & hantar ke Whatsapp 019-2297227
.
.
===================
INGIN MOHON WAKAF
===================

.
.
Bukan sahaja membantu anda menjalankan wakaf, kami di Karangkraf Mall juga membantu anda yang datang dr pihak sekolah, masjid, surau, madrasah & badan NGO yang ingin memohon wakaf Al-Quran ini supaya disampaikan kepada pihak anda. Taip `BORANG WAKAF` & hantar ke Whatsapp 019-2297227
.
.
- Tiada halangan untuk sesiapa membuat wakaf.
- Tiada diskaun dropship yang boleh digunakan.
- Free Delivery untuk penghantaran ke agensi yang akan dihantar.
- 1-19 naskhah Al-Quran akan dikumpulkan terlebih dahulu sebelum membuat penghantaran dan agensi tersebut dipilih oleh pihak Karangkraf.
- 20 naskhah Al-Quran dan ke atas akan dihantar terus ke agensi yang dipilih oleh pihak pelanggan yang membuat wakaf.