2020 Bersama Akademi Sinergi
News Press Release

2020 Bersama Akademi Sinergi

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Akhir Zaman yang Membimbangkan Bahkan Menakutkan! Apa perlu saya buat?

“Pegawai kerajaan pecah amanah”

“Siram isteri dengan air panas kerana makanan bersemut”

“Malam tahun baru penuh dengan remaja yang berpeleseran”

“Kanak-kanak seusia 7 tahun telah berzina”

_

Menakutkan. Tetapi, itulah realiti zaman kini. The ugly truth. Ini baru sebahagian kecil, banyak lagi yang kita tidak tahu. Kes-kes yang didengari, dibaca di dada-dada akhbar.. Rasa loya, bahkan sedih dengan sakitnya jiwa masyarakat.

_

Besar kemungkinan antara perkara yang hilang dalam jati diri Muslim kita adalah akhlak. Semakin hilang ditelan arus cara fikir yang terpesong dengan syari’at minded. Bila ditegur, ramai yang triggered… katanya tak open minded, tak up to date.. bahkan dilabel sibuk menjaga tepi kain orang lain! Allah, sedih bercampur taku!

 

Sedangkan, akhlak kita adalah gambaran kepada tabiat seharian kita. Apa yang terlihat di luar mencerminkan apa yang dibentuk di dalam batang tubuh kita. Lalu, bagaimana memperbaiki akhlak dan tabiat kita? Lihat cara fikir kita. Bilamana cara fikir kita benar dan sesuai syari’at, in shaa Allah self-development akan berkembang dan diperlihatkan dalam keperibadian seharian.

_

Ada Quran yang menjadi sumber learning ability agar sentiasa memperbaiki self-development.

Ada solat yang menjadi benchmark keperibadian kita di luar solat selain me-time bersama Tuhan.

Ada infaq yang menjadi buah iman agar masyarakat dan sosial dibentuk dengan nilai persaudaraan.

 

Ya, begitulah. Bila tabiat kita dijaga dengan pimpinan Tuhan, In shaa Allah ianya menjadi sumber kejayaan kecil dan besar sehingga lah kita mampu mencapai sebenar-benar kejayaan dari Ar-Rahman. Apa? Jannatul Firdaus.

_

In shaa Allah, Kami di Akademi Sinergi komited dalam membantu individu sibuk untuk memahami Quran dalam membina kejayaan secara praktikal dan tersusun. Pelbagai program dirangka dan dibina untuk memenuhi keperluan ini. Kami menghargai ilmu profesional dan dalam masa yang sama ilmu turath untuk mendepani cabaran semasa untuk bangkit membina kejayaan.

 

Semak kalendar Akademi Sinergi Ikhlas sepanjang 2020 di bawah. Semoga tarikh-tarikh ini dapat membantu Tuan/Puan untuk menyusun masa lebih awal. Hubungi kami di sini untuk maklumat lanjut >

+60139646618 ( https://AS2020.wasap.my )

+60125051357 ( http://infoibrah114.wasap.my/  )


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Write a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *