News

22 pengamal media Indonesia
News

22 pengamal media Indonesia

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

SHAH ALAM – Seramai 22 pengamal media dari pertubuhan Ikatan Setia Kawan Wartawan Malaysia-Indonesia (Iswami) Indonesia mengadakan lawatan ke Kompleks Karangkraf, kelmarin.

Ketua Iswami Indonesia, Asro Kamal Rokan berkata, program yang disertai kumpulan wartawan daripada pelbagai media cetak dan elektronik itu bertujuan memberi pendedahan mengenai operasi produk Kumpulan Media Karangkraf termasuk akhbar Sinar Harian.

Pengamal media dari Iswami Indonesi dibawa melawat ke kilang percetakan di Karangkraf, semalam. – FOTO: MOHD IZWAN ZAINAL

“Lawatan ini adalah salah satu pengisian untuk kami memahami dan melihat sendiri cara kerja wartawan akhbar di Malaysia.

“Pengalaman melawat Karangkraf sekitar tahun 2003, bezanya kini saya melihat syarikat ini berjaya mengembangkan perniagan meskipun media cetak mengalami tren penurunan secara global,” katanya.

Pengamal media dari Iswami Indonesi melihat sendiri bagaimana proses percetakan dilakukan di Karangkraf, semalam. – 
FOTO: MOHD IZWAN ZAINAL

Jelas Asro, kumpulan wartawan terlibat adalah dari Kompas, Republika, Antara dan Trans Studio amat teruja apabila berpeluang melihat proses percetakan akhbar dan melawat beberapa unit di Karangkraf.

Rombongan turut diraikan oleh Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub dan Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian, Datuk Abd Jalil Ali.

IZYAN LIYANA MOHD DARIF

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/12939


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Write a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *