Bagaimana Merancang Ramadan Yang Bakal Tiba Agar Lebih ‘Hidup’ & Bermakna?
News Press Release

Bagaimana Merancang Ramadan Yang Bakal Tiba Agar Lebih ‘Hidup’ & Bermakna?

Mesti pelik kan, nak masuk bulan Ramadan je pun kena rancang jugak ke?
Eh, bukan ke lebih mudah kita go with the flow?
Kalau sempat teraweh, aku pergi lah masjid. Kalau stuck dalam jammed nak buat macam mana?

Tak, ini bukan soal teraweh, bukan juga tentang macam mana nak bangun sahur dan berbuka menu apa.

Sebaliknya, ini adalah soal merancang pembangunan karakter hamba dalam diri kita. Dengan memanfaatkan bulan Ramadan – bulan yang penuh barokah, bulan yang Allah hidupkan semangat untuk beramal! Rugi sangat kalau kita sia-siakan đŸ™‚

In shaa Allah, Akademi Sinergi nak ajak awak dan seluruh keluarga awak bersama-sama untuk merancang Ramadan 1440H agar ianya jauh lebih baik dan bermakna daripada pencapaian Ramadan sebelum ini.

Tarbiyyah (didikan) Ramadan yang berjaya adalah rutin Ramadan yang produktif, bukan dalam bulan Ramadan sahaja tetapi menjadi penguat diri dan amal kita sepanjang 11 bulan selepas berakhirnya Ramadan.
__________

In shaa Allah Akademi Sinergi Ikhlas ingin berkongsi input bagaimana meneladani kemuliaan ramadan dengan menambahbaik tabiat sebagai seorang hamba Tuhan dengan:

1) Memahami perbezaan antara falaah & fauzan beserta kaitannya dengan Ramadan
2) Memahami rutin & tabiat untuk kekal produktif
3) Mempelajari Tadabbur Surah Hud sebagai bekal 11 bulan akan datang.

Moga, dihujung Ramadan nanti kita beroleh hadiah Taqwa yang menjadi bekal untuk kehidupan yang mencabar pada 11 bulan kehadapan.

Remark dalam hati untuk kita bina tabiat sebagai hamba Allah sepanjang Ramadan, bukan hamba kepada Ramadan. Biidznillah.

#BinaLegasiKeSyurga
#RamadanProduktif

Write a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *