Dalam gementar tetap ada nikmat kebahagiaannya.  Hati yang gundah gulana sebelum melafazkan akad kini mulai lega. Hanya dengan satu perkataan ‘sah!’ percikan kebahagiaan dan kelegaan datang sekelip mata.

Apakah hanya di situ pengakhirannya? Terlalu besar tanggungjawab yang harus dipikul oleh seorang suami. Mari kita terokai, apakah ciri-ciri yang perlu ada dalam diri seorang lelaki dalam menjadi seorang suami yang diidami para isteri!

1. Suami yang beriman mampu membentuk sebuah keluarga yang bahagia selaras dengan syariat islam. Dengan terbitnya iman di dada pasti wujud satu kebahagian yang abadi dalam rumahtangga. Sebagai contoh, jika isteri tidak pandai mengaji, suami boleh mengajar isteri dari mengenal huruf alif ba ta sehinggalah mampu membaca kitab-kitab Allah.

2. Si suami juga akan menegur isteri sekiranya isteri melakukan kesalahan atau tidak menutup aurat dengan betul. Jangan jadi suami yang dayus dengan membiarkan isteri anda ditatap lelaki-lelaki bukan muhrim di luar sana. Ajarlah isteri anda berpakaian dengan  sopan dan menutup aurat. Dari Ibnu Umar, Rasulullah SAW bersabda, tiga golongan manusia, Allah haramkan atas mereka syurga: peminum arak, penderhaka (kepada orang tuanya) dan dayus (iaitu) yang merelakan kekejian dalam keluarganya”

3. Dalam meniti kehidupan rumahtangga, jangan sesekali abaikan isteri anda. Kalau pun anda sibuk bekerja, luangkan masa mendengar rintihan dan omelan isteri. Ingat! Jangan hanya tahu menghulurkan wang.

4. Sekiranya isteri penat, anda boleh menolong beliau memasak di dapur, bahkan mengambil alih tugasnya mengemas rumah. Pasti isteri akan rasa bahagia dan terharu dengan pertolongan anda.

5. Jadilah suami yang pengasih dengan selalu menyalami serta mencium tangan isteri anda. Cuba praktikan dalam kehidupan kalian seharian.

6. Sebelum tidur, cuba cium tangan isteri dan ucap terima kasih padanya. Tunjukkan yang anda benar-benar menghargai apa yang isteri lakukan untuk anda. Kemudian cium ubun-ubun isteri. Begitu juga setelah bangun tidur atau hendak pergi bekerja.

7. Setiap wanita pasti menginginkan seorang suami yang penyayang dan baik hati. Sifat penyayang bukan diukur dari berapa banyak harta yang anda belanjakan, akan tetapi dari kasih sayang yang anda berikan.

8. Curahkanlah sepenuh kasih sayang kepada isteri anda agar beliau sentiasa disayangi dan dihargai oleh anda.

9. ‘Wanita bukan dijadikan dari kepala untuk dijunjung, bukan jua dari kaki untuk dijadikan alas, akan tetapi wanita dijadikan dari rusuk kiri, untuk disayangi dan dilindungi’. Seorang suami yang bersifat pelindung mampu menggetarkan hati isteri dan menenangkan jiwa yang gudah gulana.

10. Segala ketakutan mampu dibuang hanya dengan satu pelukan oleh sang suami. Cubalah jadi suami yang bersifat melindungi dan jangan biarkan isteri anda rasa tidak dihargai dan meminta belas kasihan dari insan lain.

11. Sifat ini sememangnya popular di bibir para wanita. Mereka sangat mengidami seorang suami yang romantik. Anda sebagai seorang suami, jadilah insan yang romantik dalam hidup isteri anda.

12. Dalam arus kemodenan masa kini, hampir 80% lelaki pandai memasak. Namun untuk menjadi seorang suami yang di idami para isteri, anda tidak perlu menjadi seorang chef semata-mata, akan tetapi cukuplah sekiranya anda tahu ‘basic’  memasak. Sekurang-kurangnya ketika isteri anda sakit atau tiada dirumah, anda boleh memasak untuk anak-anak.

13. Jangan biarkan isteri menjauhi anda hanya kerana merokok. Ini kerana tidak semua wanita boleh menerima lelaki merokok. Setengahnya hanya redha dengan suami yang merokok, dan yang lain pula memaksa suami berhenti merokok. Sebaiknya, jika anda seorang perokok tegar, cubalah berhenti. Set kan di minda anda bahawa rokok tidak memberikan apa-apa kebaikan untuk diri.

14. Wanita sememangnya dilahirkan dengan sifat kuat cemburu. Rasa sebegini sememangnya wajar ada dalam diri setiap wanita, namun perlulah ada batasnya. Sebagai lelaki atau suami, pujuk isteri anda dengan lembut. Jangan sesekali mengatakan anda rimas dengan sikap kuat cemburunya. Yakinkannya bahawa anda hanya menyayanginya.

15. Segelintir wanita suka memendam rasa apabila berlaku sesuatu permasalahan. Sebagai contoh, jika suaminya tidak memenuhi apa yang diinginya, beliau lebih suka berdiam diri dan merajuk. Apabila ditanya beliau tidak akan menjawab mengapa bersikap sedemikian. Suami haruslah memainkan peranan untuk sesi memujuk dan banyakan bersabar dengan karenah isteri.