Anugerah GPSBestari diadakan bagi mengiktiraf usaha pihak sekolah menyediakan persekitaran yang selesa dan kondusif untuk pengajaran serta pembelajaran.

Melalui 11 kategori yang dipertandingkan, GPSBestari turut berhasrat menghargai jasa guru dengan mewujudkan Kategori Guru Paling Popular.

Selain itu terdapat juga Kategori Tandas Paling Ceria, Kantin Paling ‘A’, Kelas Paling Ceria, Landskap Paling Cantik, Pusat Sumber Paling Inovatif, Cikgu Paling Popular, Mural Paling Kreatif, Sukan Paling Handal, Koku Paling Handal, Sarana/PIBG Paling Hebat.

Lebih menarik turut diadakan Sekolah Pilihan GPSBestari yang dipilih berdasarkan kecemerlangan yang dicapai pihak sekolah dalam pelbagai bidang.

Sertai Anugerah GPSBestari. Pilih mana-mana kategori dipertandingkan. Ikuti syarat-syarat penyertaan yang tertera pada setiap kategori dan hantar penyertaan anda. Pihak sekolah dibenarkan untuk menghantar lebih daripada satu kategori.


UNTUK MENYERTAI: BOLEH KLIK DI SINI