Gedung buku, novel dan majalah keluaran Kumpulan Media Karangkraf, Karangkraf Mall menyertai acara jualan dalam talian terbesar negara, #MYCyberSale.

Pengurus Pemasaran Karangkraf Mall, Alwani Fickry berkata, pelbagai tawaran hebat kepada pembeli sepanjang #MYCyberSale berlangsung bermula 26 hingga 30 September ini.  

“Antaranya, setiap pembelian melebihi RM200 dan ke atas layak dapat penghantaran percuma dan menyertai cabutan bertuah. Dua orang pemenang bertuah akan dipilih bagi hadiah telefon pintar.

“Pemenang akan diumumkan pada 3 Oktober. Selain itu, terdapat juga cabutan bertuah harian dan pemenang akan diumumkan keesokan harinya,” katanya.

Menurutnya, tahun ini, Karangkraf Mall menawarkan potongan harga sehingga 90 peratus untuk semua produk.

“Dalam tempoh happy hour, pembeli berpeluang mendapatkan buku serendah RM1 dan setiap pembeli majalah layak mendapat hadiah.

“Bagi setiap pembelian majalah berjumlah RM80 ke atas, pembeli akan mendapat bekas makanan istimewa,” katanya.

Alwani berkata, selain majalah dan buku, pembeli yang berbelanja RM100 untuk novel akan menerima dua helai baju T percuma.    

“Selain memudahkan pembeli tegar online dan seluruh peminat buku dan majalah membeli dalam suasana senang dan mudah, caj penghantaran juga percuma,” katanya.   

#MYCyberSale adalah satu inisiatif kerajaan anjuran Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC).

Segala transaksi jualan atas talian ini adalah selamat dan ia turut disertai lebih 600 peniaga online terkemuka.

Tawaran hebat ini sah untuk pembelian sepanjang #MYCyberSale sahaja melalui http://mall.karangkraf.com.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, boleh layari laman Facebook: www.facebook.com/KarangkrafMall atau Instagram di @karangkrafmall.