Assalamualaikum sahabat Rumah Ngaji semua...

Ramai yang bertanya pada kami apa program Rumah Ngaji setelah kempen besar kita WORLD #QURANHOUR? Alhamdulillah, kita akan mulakan program tahun baru hijrah kita ini dengan kempen FAMILY #QURANHOUR.

Kempen Family #QuranHour sempena bulan Muharam dan Safar ini merupakan cabaran yang bermula 4.00 pagi selama 8 minggu setiap hari Ahad.

Program ini akan membincangkan ayat-ayat Al-Quran yang dapat memberi panduan kepada diri, isteri, suami dan anak-anak untuk bagaimana kita masuk syurga sekeluarga.

Semoga program ini dapat dilaksanakan dan di hostkan oleh penggerak Rumah Ngaji di negeri-negeri lain juga.

Jom daftar. Hubungi/WhatsApp/SMS 011-26330209. Kami galakkan anda datang satu keluarga, agar ia mampu memberi inspirasi untuk setiap ahli keluarga anda untuk masuk syurga sekeluarga.

P/S: Sila bawa Al-Quran terjemahan dan potluck untuk makan bersama-sama.