Ayuh beramai-ramai ke Wacana ‘Dunia Pendidikan Tok Guru’ anjuran Kompleks Pendidikan Darul Anuar dan Kumpulan Media Karangkraf pada 28 Mei 2016 (Sabtu) bermula jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari di Dewan Sultan Muhammad Ke V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam, Selangor.

Dengarkan kupasan daripada panel berpengalaman iaitu Dr Zaharudin Abdul Rahman, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dan Dr Ismail Lutfi bersama moderator Dr Nik Rahim Nik Wajis.

Semoga perkongsian ilmu ini memberi manfaat dalam membentuk generasi Muslim yang berjaya.