Sinar Harian selaku pelopor wacana ilmiah sekali lagi membawakan Wacana Sinar Harian Siri ke-42 dengan membawa tajuk "Merdekakah Media Kita?" pada 20 September 2016 (Selasa) jam 2.45 petang hingga 5.00 petang bertempat di Dewan Pro-Canselor, Kampus Shah Alam, Universiti Selangor (UNISEL).

Wacana kali ini membariskan panelis terkemuka, Datuk A Kadir Jasin (Tokoh Wartawan Negara), Fathi Aris Omar (Ketua Pengarang Projek MMO), Prof Dr Shahruddin Badaruddin (Naib Presiden/Timb. Naib Canselor Pembangunan Pelajar & Jaringan Komuniti, UNISEL) dan Gayathry Venkiteswaran (Aktivis Media/bekas Pengarah Eksekutif South East Asian Press Alliance).

Wacana akan dikendalikan oleh Amin Idris.

Masuk percuma. Semua dijemput hadir.

Hubungi 019-3310211 (Laila), 019-2808492 (Fazli), 019-3371066 (Nurkhairini) untuk hadir ke wacana ini.

Saksikan secara langsung di Sinar TV.