Sinar Harian selaku pelopor wacana ilmiah sekali lagi membawakan Wacana Sinar Harian Siri ke-44 dengan membawa tajuk "Perniagaan Online Bunuh Perniagaan Konvensional" pada 15 Februari 2017 (Rabu) jam 2.45 petang hingga 4.45 petang bertempat di Dewan Sultan Muhammad Ke V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam.

Wacana kali ini membariskan panelis terkemuka, Sifu Jamal (Jamaluddin Bahari) (Pengarah Urusan SIFUFBADS Sdn Bhd), Datin Ira Ghani (Timbalan Pengerusi Dewan Perniagaan Antarabangsa Kuala Lumpur & Pengasas Aura Seri), Kamarul Arif (CEO Zawara Sdn Bhd) dan Hassan Saad (Pengerusi Persatuan Peniaga-Peniaga Bukit Bintang, Kuala Lumpur).

Wacana akan dikendalikan oleh Hj Nazri Kahar (Astro Awani).

Masuk percuma. Semua dijemput hadir.

Hubungi 019-3310211 (Laila), 019-2808492 (Fazli), 012-6916231 (Hashim) untuk hadir ke wacana ini.

Saksikan secara langsung di Sinar TV.