Sinar Harian selaku pelopor wacana ilmiah sekali lagi membawakan Wacana Sinar Harian Siri ke-45 dengan membawa tajuk "Politik: Perjuangan Atau Populariti" pada 23 Februari 2017 (Khamis) jam 2.45 petang hingga 4.45 petang bertempat di Dewan Sultan Muhammad Ke V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam.

Wacana kali ini membariskan panelis terkemuka, Datuk Seri Jamal Md Yunos (Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar), Sdr Mohd Radzlan Jalaludin (Naib Ketua AMK Malaysia), Sdr Shahril Hamdan (Exco Pemuda UMNO Malaysia) dan Sdr Md Shukri Shuib (Pensyarah kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia).

Wacana akan dikendalikan oleh Datuk Dahlan Maamor.

Masuk percuma. Semua diundang hadir ke wacana ini.

Hubungi 019-3310211 (Laila), 019-2808492 (Fazli), 012-6916231 (Hashim) untuk hadir ke wacana ini.

Saksikan secara langsung di Sinar TV.