Sinar Harian selaku pelopor wacana ilmiah sekali lagi membawakan Wacana Sinar Harian Siri ke-39 dengan membawa tajuk "Siapa Lebih Berkuasa: Pentadbir atau Ahli Politik?" pada 25 Mei 2016 (Rabu) jam 2.45 petang hingga 5.00 petang bertempat di Dewan Sultan Muhammad Ke V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam.

Wacana kali ini membariskan panelis terkemuka, Tan Sri Rahim Noor (Mantan Ketua Polis Negara), Tan Sri Adam Kadir (Mantan Speaker Dewan Negara/Ahli Kabinet) dan Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman (Mantan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines/Pengamal Undang-Undang).

Wacana akan dikendalikan oleh Nazri Kahar (Astro Awani).

Masuk percuma. Semua dijemput hadir.

Hubungi 019-3310211 (Laila), 019-2808492 (Fazli), 019-3371066 (Nurkhairini) untuk hadir ke wacana ini.

Saksikan secara langsung di Sinar TV.