Jemputan #Quranhour untuk wanita, Sejam Bersama Al-Quran, Ahad 8:30 Pagi 25 September 2016 di Dewan Tun Hussein Onn PWTC, Kuala Lumpur.

Dengan rendah hatinya kami ingin menjemput para wanita seorang atau berkumpulan, bersama-sama dengan wanita seluruh dunia, berinteraksi dengan Al-Quran pada tarikh di atas.

Program sejam akan diisi dengan Tadabbur Quran oleh Dr Fatimah UIAM, 10 minit solidariti wanita ngaji beramai-ramai dan bacaan oleh tokoh-tokoh wanita dan doa bersama untuk wanita.

Semoga di waktu sejam ini, Allah mantapkan hati kita dan turunkan RahmahNya dan menjadi cetusan untuk setia dengan Al-Quran hingga hujung nyawa.

Ini merupakan antara misi ke arah kukuhkan keluarga dengan Al-Quran #MasukSyurgaSekeluarga.

Program percuma, terbuka untuk wanita semua usia.

Kehadiran, mohon Whatsapp ke Marhaini di 0133593165 / daftar secara online: bit.ly/womenqh