Kebanyakan masa kita sering dihabiskan di dalam bilik  tidur, menonton drama siri kegemaran dan kadangkala makan malam!

Berhadapan dengan masalah bilik tidur yang tidak teratur dan tidak kemas, Impiana selamatkan ruang tidur anda agar tampil lebih luas dan lapang melalui 5 cara terbaik ini!

 

1) WHITE ON WHITE

 

Warna cat dinding memainkan peranan yang tinggi lagi-lagi buat anda yang memiliki kamar bilik yang kecil. pengunaan warna cat yang gelap bakal memberi ilusi yang lebih sempit. Bagi mengelakkan hal tersebut, cat dinding dengan palet warna putih dan gunakan perabut juga sarung tilam warna cerah agar ruang bilik anda tampil lebih terang dan luas.

 

2) RAPATKAN KATIL KE DINDING

Bagi menyelamatkan lagi ruang pada bilik tidur tolak katil anda ke dinding, dengan cara ini anda mendapat ruang yang lebih luas untuk berjalan. Bagi menambah sedikit karakter pada ruang kamar, drill rak dinding pada bahagian kawasan katil dan hiaskan bersama bingkai gambar yang besar bagi menghidupkan stail dinding utama di bilik anda.

 

3) ILUSI CERMIN

Ilusi cermin besar dalam ruangan kamar anda pasti memberi impak yang lebih luas! disamping menjadi ‘spot’ kegemaran untuk ber’selfie’, penataan cermin dalam bilik tidur ini memantulkan cahaya pada bilik tidur anda langsung melahirkan satu ilusi yang lebih cerah dan luas. Tip paling mudah adalah dengan menggunakan cermin yang tinggi dan lebar, sandarkannya pada dinding tanpa mengantungkannya.

 

4) RAK DINDING

Pilih rak dinding tinggi untuk  menyusun gambar,pokok kecil, buku-buku, lilin dan bingkai gambar bagi memberi identiti tersendiri pada ruangan bilik!

 

5) RUANG LAMPU

  Cahaya sihat ini bukan sahaja memberi ilusi lebih luas tetapi juga membawa udara segar luar untuk masuk ke dalam ruangan kamar. Jadi ini masanya untuk selakkan langsir itu dan buka tingkap anda seluasnya!
 

 

 

sumber gambar :pintrest