Diinspirasikan oleh peminat bahan-bahan kitar semula atau mereka yang mempunyai keghairahan terhadap objek DIY, setiap rekaan pasu yang mereka hasilkan boleh dipuji kerana cukup menarik dan menyuntik kelainan yang pastinya jarang-jarang orang berani mencubanya.

Apa kata untuk memeriahkan suasana lebaran nanti, kita cipta kelainan fenomena ruang landskap dengan 20 gaya  pasu bunga paten seperti di bawah;

1) Mungkin orang kita sebaik sahaja sofa rosak, terus dibuang dan beli baru ataupun guna teknik upholstery bukan? Tetapi, lihat pemilik sofa ni telah berjaya mentransformasikan sofa buruk kepada sebuah pasu empuk yang mencuri perhatian!
 

2) Pemilik ini begitu menghargai katil kayu turun temurun dari keluarganya. Lantas mengabadikan ia di dalam sebuah taman mini yang cantik. Ini memang menakjubkan!

3) Idea ini tak semua orang boleh terfikir... Pujian melambung untuk pemilik ini kerana beliau hebat  berimaginasi sehingga dalam mesin taip zaman dahulu kala pun boleh dijadikan ruang untuk habitat tumbuhan.

4) Ruang yang besar dan mudah dijaga. Tab mandi juga elemen yang menarik untuk digayakan di dalam taman.

5) Lepas lihat troli ni anda jangan bawa balik mana-mana troli pasaraya pula ya! Apa - apa pun idea ini cukup bijak dan menarik.

6) Manfaatkan sebatang pokok dengan menjadikan ia sebagai pasu untuk membesarkan pokok bunga kegemaran anda. Ini memang sangat natural untuk tumbuhan hidup.

7) Pasu portable.... ??? Boleh jadilah kan. Sebab kalau kita nak alih, boleh alih bila-bila masa sahaja. Cuma pastikan roda kereta sorong tidak pancit ya... :)

8) Pasu binaan konkrit ini juga menarik untuk digayakan. Anda hanya perlu mencari ruang yang bersesuaian.

9) Sangkar burung pun boleh dibuat pasu bunga. Bijak... bijak... (Pemilik mungkin telah terlepas burung kesayangannya. Oleh kerana sentimental value tinggi dekat sangkar tu pemilik pun abadikan dengan cara yang sangat kreatif)

10) Kalau ada cawan-cawan yang lama telah sumbing, jangan dicampak terus. Kitar semula dengan menggunakan ia sebagai pasu bunga. Manis...

11) Biasa orang pacak di tanah. Pemilik membuat kelainan dengan menggantungkan botol pada dahan kayu pokok. Okay, menarik!

12) Dah naik berat badan? Jangan simpan terus. Jom kita DIY buat pasu bunga tumbuhan kita. Rasanya boleh join Floria lepas ni.

13) Chandeliar yang telah rosak diperbaharui dengan meletakkan pokok tanaman. Nak cantik, cat kan dengan rona yang ceria dan menyerlah.

14) Kerusi pun sama.... asal pokok bunga boleh hidup subur.

15) Impressive!!!

16) Daun pintu yang rosak boleh digunakan menjadi tempat pasu gantung.

17) Batang pokok yang kelihatan seperti pasu ini telah mati tetapi sangat menarik dengan cara pemilik meletakkan pasu bunga di dalamnya. Kreatif!

18) Tangga pun boleh... cuma susun pasu secara bervariasi dan ia menghasilkan visual yang indah dan mempesonakan.

19) Katil empuk... tapi tak boleh buat tidur.

'

20) Bukti sebenarnya tumbuhan memang boleh hidup di mana-mana. Asalkan anda perlu bijak 'membelai' nya.