Musa Praying Hand atau Praying Hand Banana jika di Melayukan akan menjadi Pisang Tangan Yang berdoa. Ia bukan lah spesies baru atau cultivar yang dikacuk. Tanaman tropika yang berasal dari keluarga Musaceae ini telah lama wujud namun ia kurang didedahkan tambahan ia sukar diperolehi.
Secara saintifiknya ia diberi nama Musa x paradisiaca “praying hands”

Seperti pisang yang lain, buahnya mempunyai rasa lemak manis dengan sedikit aroma vanila sesuai di makan begitu sahaja. Tahap matang sebatang pokok Musa Praying Hand ini boleh mencapai ketinggian 20 kaki.

Nama tercetus disebabkan oleh bentuk fizikal sikat buahnya yang seakan bercantum antara satu sama lain seakan tangan yang sedang berdoa. Tanaman yang dikategorikan sebagai eksotik ini banyak terdapat di sekitar Maxico dan Filipina. Namun kini ia menjadi tular dan ramai berusaha untuk mendapatkan benih pokok pisang ini.

Seperti pisang-pisang yang lain Musa Praying Hand mudah dibiakkan dari anak pokok yang diambil dari induknya atau tunggul. Ia memerlukan pencahayaan minimum 12 jam dengan tanah tanaman yang kaya bahan organik dan bersaliran baik untuk tumbesaran optimum.

Pokok pisang antara jenis tanaman yang kuat makan baja. Oleh itu, setiap dua minggu ia perlu pembajaan. Baja yang sesuai untuk pokok pisang ini adalah yang mempunyai kandungan nitrogen organik yang tinggi.