Sentuhan pengarah berbakat besar , Pierre Andre menerusi buah tangan terbarunya, 'Highland Tower' nyata mendapat sambutan hangat apabila filem ini mencatat kutipan sebanyak RM3.3 juta selepas 12 hari tayangan. 
 
Filem yang menjalani penggambaran di sekitar kondominium Highland Tower yang runtuh pada tahun 1993 itu dibintangi oleh ramai pelakon hebat seperti Niezam Zaidi, Mikhail Andre dan Shima Anuar. 
 
Kejayaan ini tentunya memberi sinar baru untuk industri perfileman tempatan yang sejak kebelakangan ini mengalami kemerosotan daripada segi kutipan di panggung. 
 
Tahniah diucapkan kepada semua tenaga produksi filem ini, semoga kelainan yang dibawa dalam filem ini akan menjadi contoh dikalangan penggiat seni dalam memberi cerita yang lebih segar kepada penonton.