Memetik laporan yang dikeluarkan di laman web Finas, filem arahan Hans Isaac, 'Lemak Kampung Santan' hanya mencatat kutipan sebanyak RM120,000 sahaja sepanjang tayangannya pada musim perayaan Aidilfitri lalu.
 
Kutipan ini tentunya sesuatu yang begitu mengecewakan memandangkan filem ini dihasilkan dengan modal RM1.7 juta. 
 
Sebelum ini, kekurangan sokongan yang diberikan oleh penonton terhadap filem ini telah mengecewakan Hans yang memutuskan untuk tidak lagi menghasilkan filem sebaliknya akan memberi tumpuan kepada penghasilan teater sahaja. 
 
Terbaru, Hans bakal menerbitkan sebuah teater muzikal dari kisah legenda bola sepak negara, Datuk Mokhtar Dahari yang berjudul 'SuperMokh The Musical'. Selain itu,  Hans turut dalam perancangan untuk menerbitkan 'Lawak Ke Der 3' yang turut akan dipentaskan di Istana Budaya.