Walaupun sibuk dengan kerjaya sebagai seorang pelakon dan pengacara, Scha Al Yahya tetap mempunyai masa untuk memberi perhatian dalam bidang perniagaannya, Schapoholic yang menjual pakaian dan aksesori khas untuk wanita. 
 
Terbaru, pelakon 'Awan Dania The Movie' ini bakal membuka satu lagi cawangan Schapoholic di pusat membeli-belah Wangsa Walk, Wangsa Maju. 
 
Seperti di lokasi kedai pertamanya yang terletak di The Curve, Mutiara Damansara, kedai terbaru ini turut menjual pelbagai barangan aksesori wanita seperti tas tangan, cekak rambut, blaus, rantai, cincin dan bermacam lagi. 
 
MH Online mengharapkan semoga perniagaan yang diceburi Scha bertambah maju dan seterusnya menjadi contoh kepada rakan artis lain yang ingin menceburan diri dalam bidang perniagaan.