Tidak di nafikan, adakalanya kita 'terbuat' sesuatu yang menjengkelkan di mata orang ramai. Namun, tidak semudah itu untuk kita mengelarkan seseorang sebagai 'annoying people'. Mungkin itulah kali pertama si dia lakukan kesilapan atau mungkin juga cuma kamu yang bersangka begitu kan ?

 

So nak tahu tak apa ciri-ciri ‘Miss or Mr. Annoying’ yang ada di abad 2013 ni ? Jom ikuti penulis.

 

1) Suka update status-status yang menjual diri !

 

CONTOH : “Haih, teringgin nak ada orang dodoikan kita sampai tertidur. Tapi nak buat macam mana dah single kan!” atau “Siapa single, cuba like sikit!”

 

2) Kalau bercerita tentang kekasih, kekasih dia lah yang paling ‘hot’, romantik, setia dan sebagainya. Hakikatnya dia merana dan sering di lukakan.

 

3) Speak-ing ala-ala ‘mat salleh’ baru datang Malaysia sedangkan dalam kad pengenalan diri, memang sah-sah di lahirkan di Malaysia.

 

4) Bukan main lagi kacak bergaya berkaca mata hitam, padahalnya dia berada di dalam shopping mall.

 

5) Bila dengan ‘geng-geng’ bukan main cakap besar. Tetapi bila keseorangan terus diam membisu kelu lidah berkata-kata.

 

6) Kalau bersembang, ada sahaja jenama mewah yang di sebutnya. Nak kata ‘anak orang kaya’ tidak jugak.

 

7) Boleh tweet sebanyan 50 message dalam masa beberapa minit sahaja!

 

8) Bila bercakap pasal itu ini, ada sahaja yang di bantah. Alasannya “aku tak suka idea dia. Apa dia tau pasal benda tuh!”.

 

9) Dia hanya hebat di alam maya sahaja!

 

10) Bukan main kamu menegur orang. Ini salah, itu salah padahalnya kamu pun belum tentu lagi betul bila memberi teguran.

 

11) Menghentam orang bukan main di facebook, twitter, youtube dan sebagainya. Tetapi identiti diri disembunyikan di sebalik gambar kucing, hujan, artis dan apa sahaja yang bukan gambar sebenar.

 

12) Kehulu kehilir dengan mengantung camera DSLR di leher. Bila di suruh menangkap gambar secara manual, mengeletar terus rasa nak pengsan.

 

13) Terlampau taksub dengan artis kesayangan sampaikan bila ada orang menegur sikit or bercerita tentang artis pujaannya mula si dia melenting tak tentu pasal sampaikan menghentam orang tu beria-ia.

 

14) Asyik post gambar-gambar bersama lelaki / perempuan (yang bertentangan dengan gander sendiri) di facebook dan instagram.

 

15) Tak habis-habis bercerita tentang Ex. Beria dia mengutuk ex, sekali tup-tup berkawan balik pulak dengan ex dia sendiri! Aduhhhh…..

So ini lah antara ciri-cirinya. Cuba chech-list, ada tak kekadang kamu ‘terbuat’ pekara macam yang ada di atas ?