Pakaian Overall memang sesuai di pakai oleh golongan remaja, namun tidak semua orang yakin untuk mengenakan pakaian ini kerana ada di antara mereka keliru dan buntu padanan yang seperti mana paling sesuai untuk pakaian seperti ini. Oleh itu, jom ketahui padanan mana yang paling sesuai ketika memakai baju jenis Overall!

 

1-T-SHIRT PLAIN TERBAIK

Jika kamu bukan seorang yang berani mengambil risiko, elakkan daripada mengenakan t-shirt atau top yang bercorak. Sebaiknya padankan dengan t-shirt yang plain dan simple untuk langkah selamat. Kamu perlu ingat, benda utama yang harus kami berikan keutamaan adalah pakaian overall kamu bukannya top kamu.

 

2-WARNA BERTENTANGAN

Untuk nampak lebih menarik, padanan top atau t-shirt yang berwarna bertentangan dengan overall sangat sesuai. Tetapi harus di ingat, pemilihan jenis top juga sangat memain peranan. Elakkan daripada mengambil pakaian yang terlalu ketat dan besar.

 

3-NO HIGH HEELS!

Overall memang tidak sesuai di padankan dengan kasut tinggi. Tak kiralah sama ada stelito heels atau wedges jangan sesekali kamu padankan ia dengan overall melainkan ia memang di reka khas untuk di padankan dengan kasut seperti itu. Sebaliknya cuba padankan dengan kasut bertutup seperti boots, hogh tops, wing tips dan Lita.

 

4-SLING / BACK BAG

Jangan sesekali padankan overall dengan handbag, memang totally out! Pakaian seperti ini sangat sesuai jika kamu padankan dengan tas tangan yang tidak bertali ataupun mini back bag yang simple.

 

5-AKSESORI

Untuk dapatkan kesempurnaan, pakai beberapa aksesori tambahan seperti rantai labuh dan gelang tangan yang sarat. Altenatif ini akan membuang pandangan ‘bosan’ yang ada pada gaya kamu. Malah kamu akan kelihatan lebih swag dan menarik apabila bijak mengenakan aksesori ketika memakai overall.