Pernah tak anda terfikir waktu vacation bersama orang tersayang bertukar menjadi tragedi apabila berlakunya suatu insiden buruk yang tidak diduga.

 

Ini yang terjadi kepada tiga orang lelaki dan lima wanita yang masing-masing berumur di antara 17 dan 53 tahun apabila dirakam dalam keadaan telanjang dengan CCTV di salah sebuah homestay di Perak, tiga tahun lalu.

 

Menurut New Straits Times, pengusaha homestay tersebut telah mengaku bersalah kerana meletakkan CCTV di bilik mandi tetamu dan dia didakwa atas tiga pertuduhan di bawah kanun keseksaan kerana telah mengaibkan lapan orang mangsa yang menginap di situ.

 

 

Kesemua dakwaan yang dibuat dikenakan denda sebanyak RM10,000 dan portal The Star juga melaporkan, walaupun tertuduh sendiri mengaku bersalahh, DPP Nurul Aziah Zaid mohon agar lelaki ini dipenjarakan dan hukumannya tidak sepatutnya diringankan.

 

DPP Nurul juga menjelaskan bahawa seorang mangsa telah trauma akibat insiden yang berlaku dan menangis sewaktu video rakamannya ditayangkan semasa hari perbicaraan. Wajah mangsa kelihatan jelas dalam rakaman.

 

Tambahnya lagi, tindakan pengusaha homestay itu telah membuatkan ramai orang menjadi takut untuk menginap di homestay dan secara tak langsung ia memberi kesan buruk buat industri tersebut.

 

Gambar hiasan

 

Walau bagaimanapun, peguam bela defendan memberitahu mahkamah ini merupakan kes pertama anak guamnya dan menegaskan bahawa ia adalah satu kesilapan bodoh. Tiada siapa di muka bumi ini yang tidak melakukan kesilapan.

 

Namun begitu, pesalah telah dijatuhkan hukuman dan semoga dia tidak lagi dibenarkan untuk menjalankan bisnes homestay pada masa akan datang.

 

Dengar berita macam ni pun dah cukup buat kita semua berasa ragu-ragu untuk menginap di homestay selepas ni.

 

Tapi  tak mahu selalu bersangka buruk, tawakal dan berdoalah agar kita semua sentiasa dilindungi dan demi keselamatan, check terlebih dahulu persekitaran homestay sebelum menginap di sana.