Bergaya memang menjadi ‘permainan’ para gadis. Namun hati-hati ketika bergaya, tidak kena tempat dan gaya ia boleh membuatkan kamu menjadi mangsa. Silap hari bulan ada yang menjadikan gaya kamu sebagai bahan untuk mereka mengumpat dan ketawa.

 

Jadi, Ayuh ketahui panduan berfesyen mengikut 3 jenis tubuh badan.

 

# 1 – BERISI DI BAHAGIAN DADA

✘ Elakkan diri daripada memakai tali pingang yang lebar dan mengenakan aksesori rantai yang labuh kerana ia akan membuatkan titik fokus mata lebih tertumpu pada bahagian kelemahan kamu.

 

✔ Jika kamu ingin memakai gaun, pastikan material Polyester menjadi pilihan kamu. Malah kamu juga boleh pilih blause yang mempunyai potongan leher berbentuk V. Padanan baju bewarna gelap dan seluar berwarna cerah juga sangat sesuai untuk tubuh seperti kamu miliki.

 

# 2 – FLABBY TUMMY

✘ Elakkan daripada mengenakan gaya seperti tuck in dan crop top. Gaya seperti ini akan lebih menampakkan kelemahan kamu di bahagian perut. Bukan itu sahaja, jaket bertali pinggang juga tidak sesuai untuk individu yang bertubuh seperti kamu.

✔ Baju tunic tops separa panjang memang sesuai untuk kamu. Ia akan menutup segala kelemahan yang ada. Seluar jenis pleated yang mempunyai kemasan di bahagian pingang juga boleh membantu mengalihkan pandangan mata yang memandang. Malah ia juga dapat menyembunyikan masalah perut kamu.

 

# 3 – TIDAK LANGSING

✘ Jangan pakai legging. Ini kerana kamu akan kelihatan seperti ‘sarung nangka’ kerana sikapnya yang memeri dan ketat memang tidak sesuai buat gadis bertubuh seperti kamu. Kamu juga perlu elakkan memakai seluar atau skirt yang mempunyai corak besar dan menyerlah

✔ Sebaiknya pakai seluar yang longgar sedikit agar potongan kaki kelihatan lebih straigh dan selari. Pemilihan jaket labuh juga sesuai di pakai. Jika kamu ingin memakai skirt, potongan skrit labuh dapat menyembunyikan segala kelemahan kamu.