Rona hitam tidak pernah gagal dalam penggayaan dunia fesyen. Bukan hanya mudah untuk disuai padan, malah ramai juga yang beranggapan hitam merupakan pilihan yang tepat untuk membuatkan anda kelihatan kurus.

 

Walau bagaimanapun, tidak semua individu bijak dalam menggayakan rona ini agar sentiasa tampil elegan dan mempunyai class yang tersendiri.

 

REMAJA ingin berkongsi 11 trik yang dapat membantu anda tampil menyerlah setiap kali menyarung persalinan rona hitam.

 

Rona terang dan aksesori

Pilihan aksesori dengan rona terang memberikan impak besar dalam menyerlahkan busana rona hitam anda. Cukup sekadar digayakan bersama clutch bersaiz sederhana, topi atau kasut tumit tinggi yang berona terang untuk gaya yang lebih memukau.

 

 

 

Memakai busana yang sedikit longgar

Ya, rona hitam merupakan pilihan buat mereka yang ingin kelihatan kurus. Namun, jika salah menggayakannya, ia boleh menyerlahkan kelemahan gaya fesyen anda. Sebaiknya, sarungkan persalinan yang tidak terlalu ketat untuk menambah lagi gaya elegan si pemakai.

 

 

Pilihan fabrik

Anda boleh bermain dengan pelbagai tekstur fabrik yang berbeza untuk menciptakan gaya sempurna dalam persalinan rona hitam ini. Contohnya, gayakan seluar cotton dengan blaus sutera atau skirt kulit bersama blaus satin.

 

 

Monokrom

You can never go wrong with black and white! Jika padanan busana digayakan dengan tepat, anda boleh kelihatan seperti seorang ratu.

 

 

Bayang grafik dan asimetri

Hitam adalah warna terbaik dalam mewujudkan rekaan asimetri atau graphic look yang menarik.

 

 

Black demands perfection

Rona hitam mampu menyerlahkan personaliti yang tidak bermaya atau wajah polos tanpa secalit solekan. Jika anda tidak mempunyai masa untuk bersiap, rona ini adalah pilihan yang tepat untuk tampil yakin di hadapan orang.

 

 

Serlahkan bahagian mata anda

Jika salah gaya, rona hitam juga mampu membuatkan anda kelihatan lebih tua, terutamanya apabila berwajah polos tanpa solekan. Penting untuk anda memberi penekanan pada solekan bahagian mata dan jika sesuai pada majlis, anda juga boleh mengenakan gincu merah pada bibir. Barulah menggoda.

Serlahkan wajah dengan solekan sesuai

Bagi mereka yang berwajah pucat, gunakan solekan dengan warna yang sesuai dengan wajah anda. Tambahkan aksesori seperti selendang rona terang, kalung rantai atau kerongsang pada busana anda.

 

 

Padanan rona berbeza

Hitam bukan sahaja hanya sesuai dipadankan dengan rona merah atau putih. Jangan risau untuk memilih rona-rona lain seperti ungu, kuning atau hijau sebagai pelengkap gaya untuk menyerlahkan penampilan anda.

 

 

Pilih aksesori tepat

Tali pinggang dan beg yang diperbuat daripada kulit berkualiti menyerlahkan gaya bangsawan dalam padanan rona hitam. Barang kemas atau hiasan batu permata juga antara aksesori yang tepat untuk digayakan bersama rona ini.

 

 

Lace

Lace hitam mempunyai kuasa yang luar biasa dalam menampilkan gaya klasik dan elegan. Gaya ini bisa tampil hebat jika dipadankan bersama jaket kulit berkualiti atau pun kain jersey.