Rambut merupakan mahkota bagi setiap wanita dan kerana itu, gaya potongan rambut wanita haruslah sentiasa menjadi keutamaan bagi mereka.

 

Bukan hanya daripada segi penjagaan, potongan yang sesuai dengan bentuk muka dan faktor usia juga memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi seorang wanita.

 

Berikut merupakan 12 gaya potongan yang dikongsi oleh Brightside untuk wanita pada semua peringkat umur.  Selepas ini, kamu tidak perlu gusar tercari-cari gaya mana yang sesuai untuk dipilih. Malah, bukan hanya sesuai pada usia kamu, gaya rambut yang dikongsi ini juga adalah mengikut fesyen dan trend terkini.

 

 

Peringkat umur 20-an

 

 

 

A post shared by Haircut_tr (@haircut_tr) on

 

 

A post shared by Sarah_LouWho (@sarah_louwho) on

 

Usia 20a-an adalah lingkungan umur yang sangat sesuai untuk kamu bereksperimen mendapatkan gaya rambut yang sesuai. Penggunaan warna rambut yang luar biasa, gaya potongan daring dan pendek dilihat sangat ideal buat anak muda. Kamu tidak terhad dalam memilih potongan yang sesuai kerana pada waktu muda beginilah masa yang sesuai untuk kamu menggayakan segala macam fesyen rambut.

 

 

Peringkat umur 30-an

 

 

 

 

A post shared by Kristina Bazan (@kristinabazan) on

 

Potongan rambut bagi mereka yang berusia 30-an adalah lebih santai dan mudah untuk dijaga. Pada usia ini, sebaiknya jangan gunakan warna rambut yang sangat terang. Menurut stylist, ubah gaya rambut kamu secara beransur-ansur tanpa membuat perubahan drastik untuk imej secara  keseluruhan.

 

 

Peringkat umur 40-an

 

 

 

 

A post shared by Yavuz Akgüç (@yavuzakguc) on

Selepas umur 40 tahun kebiasaan daripada mereka cuba untuk kelihatan lebih muda. Oleh itu, kamu perlu memilih gaya rambut yang minimum kerana gaya berlebihan boleh menjadikan kamu tampak lebih berumur. Elakkan gaya rambut lurus menegak.

 

 

Peringkat 50-an

 

 

 

Stylist  menasihatkan agar jauhi potongan rambut lurus dan licin selepas berusia 50 tahun. Elakkan pewarna monokramatik dan adalah lebih baik jika kamu menggunakan beberapa warna yang berbeza. Gaya potongan medium-length perlu digayakan dalam light waves, manakala potongan pendek pula harus mempunyai volume dan sentuhan ‘untidiness’.