Girls, REMAJA tahu pasti ramai di antara kamu yang mengambil masa yang sangat lama untuk bersiap bukan? Mana tidaknya, nak kena fikirkan tentang gabungan warnalah, gayalah, konsep lah malah pasti ada yang sampai menukar pakaian berkali-kali untuk pastikan pakaian itu sesuai di pakai.

 

Betul tak ?

 

Girls, nak cantik kenalah bijak! Jangan bazirkan masa emas kamu hanya kerana untuk kelihatan lawa sahaja! Jom pratikkan 4 tip ini setiap kali bersiap di waktu pagi agar waktu kamu lebih terjaga dan mood kamu tetap ceria!

 

# 1 | PAKAI SELAPIS

Untuk menjimatkan masa, pilihlah pakaian yang tidak berlapis seperti kemeja atau blaus di padankan dengan seluar hitam. Ini kerana, baju yang berlapis selalunya memerlukan sedikit masa untuk padanan. Jadi, mengapa perlu bazirkan masa jika kamu sebenarnya boleh jimatkan masa, betul tak ?

 

# 2 | BUAT PERSIAPAN

Sebelum kamu lelapkan mata untuk tidur, buat sedikit persiapan pakaian untuk esok. Jika baju yang ingin di pakai itu perlu di gosok terlebih dahulu, jangan tangguh-tangguhkannya. Segera serika baju dan terus gantungkan ia. Jika tidak kamu akan tergesa-gesa keesokannya.  Malah, kamu juga boleh mengambil sedikit waktu untuk merancang pakaian untuk di pakai keesokan harinya. Girls, percayalah tip ini sangat membantu!

 

# 3 | PAKAI PAKAIAN TERBAIK !

Jangan bazirkan masa, cuba ingat kembali pakaian terbaik kamu dan segara kenakan ia. Ya, cara ini akan membantu kamu menyelesaikan masalah ‘dilema memilih pakaian’ dengan sekelip mata. Sekurang-kurangnya selepas mengenakan ia kamu akan rasa lebih yakin untuk berhadapan dengan orang ramai. Tak gitu ?

 

# 4 | ALL ABOUT BASIC

Jika kamu benar-benar ketandusan idea untuk bergaya, pilih pakaian basic yang sangat simple seperti  gabungan jeans, t-shirt, dan blazer. Kemudian tambahkan sedikit aksesori agar penampilan kamu nampak lebih menarik. Tidak perlu peningkan kepala  hanya semata untuk memilih tema pakaian.