Peredaran dunia fesyen hari ini dilihat semakin berkembang melalui beberapa aliran gaya yang sering kali bertukar saban waktu. Pendek kata, jika kamu seorang fashionista, tentunya kamu perlu lebih alert tentang setiap perubahan fesyen yang berlaku.

 

Dunia fesyen tidak boleh dijangka kerana mungkin sahaja fesyen yang popular pada 10 tahun lepas menjadi ikutan trend masa kini. Walaupun sesetengah aliran fesyen dahulu masih relevan untuk digayakan semula, tetapi ada juga beberapa fesyen yang mungkin sudah tidak perlu lagi digayakan langsung.

 

Menurut Bright Side, berikut merupakan beberapa fesyen yang sudah tidak masuk akal untuk digayakan semula.

 

1.    Seluar Saggy

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.634990.1488171710!/image/image.jpg

 

Menggayakan jeans yang menampakkan punggung bukan lagi sesuatu yang cool ok? Dengan seluar longgar seperti ingin terlucut membuatkan kamu kelihatan seperti penguin tatkala sedang berjalan. Di New Jersey, satu undang-undang telah diambil untuk mereka yang masih menggayakan fesyen ini. Mereka boleh didenda sehingga $ 1,000.

 

2.    Shoulder Pads

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.634991.1488171787!/image/image.jpg

 

Fesyen ini bermula sejak tahun 1930 untuk memperlihatkan ilusi pinggang yang lebih kecil. Namun, pada tahun 80-an, fesyen shoulder pads ini kembali bangkit dan popular. Ala time zaman-zaman Ramlah Ram dulu. Kamu mesti ingat kan? Jadi, sudah tiba masanya untuk fesyen ini tidak lagi digayakan kerana dilihat tidak bersesuaian dengan era masa kini.

 

3.    Leggings

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.634992.1488171840!/image/image.jpg

 

Satu lagi fesyen era 80-an yang kembali menjadi trend hari ini. Pemakaian leggings dapat membuatkan susuk tubuh kamu kelihatan lebih slim, tetapi jika dipakai dengan dress atau skirt. Walau bagaimanapun,  ada segelintir individu yang menjadikan leggings sebagai pengganti seluar. Material nipis yang digunakan menampakkan susuk punggung kamu. Hmm, rasanya dah tak sesuai kot kalau nak pakai legging sahaja di tempat awam.

 

4.    The Mullet

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.634993.1488171893!/image/image.jpg

 

Gaya rambut pendek di bahagian depan dan panjang di bahagian belakang dilihat sangat tidak sesuai untuk kamu gayakan lagi. Ia tidak akan membantu kamu untuk kelihatan bergaya, sebaliknya pasti akan ditertawakan oleh individu lain.

 

5.    Seluar ‘Harem’

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.634995.1488171940!/image/image.jpg

 

Fesyen ini seakan sama seperti seluar saggy dan ia terkenal apabila penyanyi hip hop Amerika, MC Hammer menggayakannya. Ia juga digilai oleh ramai gadis muda yang mungkin dijumpai sedang beratur di Starbucks untuk membeli kopi. Rasanya dah tak perlu kot nak gayakan fesyen seluar londeh ni lagi.

 

6.    Hoop skirts

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.634996.1488171990!/image/image.jpg

 

Digayakan oleh wanita pada era 1800-an, skirts ini menjadikan mereka kelihatan kecil dengan potongan pinggang yang menarik dan bahagian bawah yang besar. Skirts ini juga membuatkan mereka yang menggayakannya mengalami kesukaran untuk duduk atau berjalan masuk melalui pintu kecil. Jadi, kamu nampak kan kenapa fesyen ini sudah tidak lagi relevan untuk digayakan?