Pernah atau tidak korang terfikir untuk bersembunyi saat menyedari ada individu lain berpakaian sama dengan kamu ? Bertenanglah, tidak perlu sampai jadi begitu! Ada 5 cara REMAJAsering lakukan jika ada individu yang berpakaian sama!

 

# 1 | BUAT TAK NAMPAK

Cara paling mudah, ‘pejamkan mata’ dan jangan pedulikan individu terbabit. Buat-buat seperti kamu tidak nampak kehadirannya. Lebih kerap kamu melihatnya, lebih malu kamu akan rasa. Jadi, just ignore the person and teruskan destinasi kamu.

 

# 2 | TANGKAP & UPLOAD GAMBAR

Jika individu terbabit berdiri di sebelah kamu, jangan segan! Terus ajak si dia bergambar dan muat naik terus gambar-gambar tersebut ke sosial media kamu. Reka caption menarik dan gunakan hashtag kreatif. Cara ini dapat menyembunyikan rasa malu tanpa disedari.

 

# 3 | “well it’s trend!”

Jika sahabat di sebelah gelakkan kamu, jangan bersedih! Tiada apa yang perlu di malukan, dengan penuh yakin kata pada mereka semua ini membuktikan kamu seorang yang peka dan mengikut trend fashion masa kini.

 

# 4 | GAYAKAN DENGAN LEBIH BAIK

Pernah tak kamu menonton satu iklan pencuci pakaian di mana modelnya memakai pakaian yang sama lalu salah seorang dari mereka mengoyakkan bajunya dan melukis corak menggunakan gincu untuk kelihatan lebih ‘outstanding’ ? Jadi, kamu perlu bertindak begitu juga! Mengapa perlu malu ? kamu perlu yakin dan gayakan pakaian itu dengan lebih baik.

 

# 5 | PRETENDING!

Jika kamu dan sahabat secara tidak sengaja terpakai baju yang sama, anggap sahaja yang kamu berdua memang sudah berjanji. Jangan risau, jika kamu katakan “ya, kami memang berniat untuk pakai pakaian yang sama” tiada siapa yang akan mempertikaikannya lagi dan percayalah kamu pasti akan rasa lebih yakin. Jangan risau, tiada siapa yang akan perasan kamu sedang berpura-pura.