Badan berpeluh, ketiak berbau, rasa ‘basah dan melekit’ belakang badan – sebab musabab yang membuatkan kita berasa tidak suka melakukan aktiviti di luar. Apatah lagi di bila ‘berasak’ dengan public di bawah bahang dan terik matahari.

 

Semua ini akan membuatkan kita berasa rimas dan jadi tak keruan.

 

Hey, jangan panik!

 

Realitinya, kita kenalah biasakan diri kerana cuaca panas. Apatah lagi Malaysia hanya ada tiga pilihan iaitu panas, redup dan hujan.

 

Apa pun guys, jangan biarkan cuaca menjadi penghalang untuk berfesyen. Takkan nak pergi concert, jom heboh atau music fest dengan pakaian yang tak sepatutnya right?

 

Seharusnya, fikir dua kali dalam memilih apa yang sesuai untuk dipakai. Jangan hanya memikirkan tentang gaya, tetapi utamakan keselesaan. Tak tahu caranya untuk kelihatan bergaya dalam cuaca panas?

 

Nah kami senaraikan beberapa ‘girl’s item’ agar anda bebas bersuka-ria tanpa alasan dalam cuaca panas.

 

Plain White T-Shirt

Ya, inilah item wajib yang harus ada untuk ‘mengharuk’ cuaca panas. Warna putih yang polos tidak pernah basi untuk digayakan. Fabrik putih mampu disesuaikan dengan apa jua item. Tambahan pula, putih bertindak sebagai pemantul haba yang baik.

 

Short Jeans

Bukan sahaja memberi kebebasan untuk anda bergerak, short jeans amat sesuai untuk dipadankan dengan gaya mix & match dengan apa yang anda miliki  di dalam almari. 

 

Slouchy Sweater

Sweater yang boleh dipakai sewaktu panas? Tentu saja ada. Pilihlah slouchy sweater yang berukuran longgar agar memberi lebih ruang pernafasan. Padankan dengan short jeans, long jeans, maxi skirt atau lenggings.

 

Jaket Denim

Pilih jaket denim berwarna lembut dan tidak terlalu tebal. Padankan dengan sehelai ‘one piece dress’, kasut, beg tangan dan sun glass.

 

Tank Top

Teringin nak pakai warna hitam tapi tak nak terasa panas, maka tank top adalah pilihan yang tepat. Tank top boleh dipadankan dengan kardigan bersama seluar jeans.

 

Oversized Tee

Pakaian yang membuatkan anda berasa lebih nyaman dan mudah menyerap peluh. Wajib ada oversized tee dalam koleksi kita, jika tak ada, boleh pinjam pada boyfie atau buka sahaja dalam wardrobe papa dan abang, pasti ada bersesuaian.