“Baru je beli kasut tak sampai sebulan dah rosak? Geramnyaa...”

 

Pernahkah kamu mengalami situasi sebegini? Kenapa kasut jadi cepat rosak? Cuba perhatikan cara kamu menjaga kasut tu, betul atau tidak.

 

Nah kami kongsikan beberapa tip cara menjaga kasut dengan betul agar kasut tahan lebih lama dan kekal cantik biarpun dipakai banyak kali.

 

1 - Simpan kasut di dalam ruang terbuka -  Ruang pengudaraan yang baik mampu untuk mengelakkan kasut daripada berbau.

 

2 - Gunakan baking soda untuk menghilangkan bau  - Taburkan satu sudu teh baking soda ke dalam kasut dan serbuk ini akan bertindak untuk menyerap bau (seperti ia di dalam peti sejuk), kemudian biarkan kasut kesayangan  kamu semalaman.

 

3 – Kasut basah? Jangan gunakan pengering - Haba berlebihan boleh merosakkan kasut – menjadikannya longgar, terkupas, pudar warna dan mudah merekah. Keringkan sahaja kasut dalam suhu bilik dengan menggunakan tisu.

 

4 – Hilangkan calar kasut? -  Gunakan pengilat kuku dengan warna yang sama mampu menghilangkan kesan calar pada kasut.

 

5 – Kasut terkena lumpur – Cuci dengan kadar segera kerana lumpur membuatkan kasut kamu mereput. Begitu juga jika terkena kotoran. cepat-cepat bersihkan. Jika dibiarkan, lama-kelamaan kotoran akan meninggalkan kesan kuning yang sukar dihapuskan.

 

6 – Penjagaan warna agar tak pudar – Elakkan kasut kulit terkena sinaran dan panas matahari yang keterlaluan.

 

7 - Bersihkan kasut  - Gunakan berus lembut atau kain yang bersih. Untuk menyimpan, letakkan pengeras kasut atau sumbat dengan kertas atau surat khabar untuk mengekalkan bentuknya.