Masih tercari-cari gaya baharu dan warna yang tak bosan dipandang mata, apa kata cuba kombinasi biru dan oren.

 

Bermain kombinasi dua warna ini menyegarkan penampilan agar nampak totally different dari apa yang sering kita pakai.

 

Padanan warna oren dan biru memberi keseimbangan pada penampilan dan gaya yang lebih stylish.

 

 

How to start? Anda bebas memilih dan memadankan bermula dari atas hingga ke bawah. Beg, kasut, sun glass dan aksesori juga tidak terkecuali.

 

Warna-warna orange + blue sebenarnya mudah didapati di kedai dan butik, pasti tidak sukar buat anda untuk melakukan mix & match nanti. 

 

Add On Hitam Putih

 

Sometimes, you can break the rules. Jangan hanya tumpu pada dua warna, tapi selitkan warna ketiga seperti putih.

 

Tidak menjadi masalah untuk menambah warna pada fabrik kerana biru dan oren lebih bersifat dominant dari sudut visual.

 

Selain putih, warna hitam juga tidak menjadi masalah jika anda suka.

 

Secalit Warna Oren

 

Memadankan skirt berwarna biru bersama tas tangan dan kasut berwarna oren akan buat kamu kelihatan cute.

 

Jika anda lebih gemarkan warna oren, boleh cuba untuk meletakkan warna yang berlawanan pada aksesori tersebut.