Mesti kamu tengah sibuk shopping raya kan. Kami percaya menjelang persiapan untuk menyambut Syawal, baju kurung sudah pun ditempah, tak kurang juga yang mencari baju pasang siap.

 

Bagi kamu yang ingin melakukan persediaan di saat akhir, apa kata untuk mencuba busana dengan warna Emerald Green atau hijau zamrud pada raya kali ini.

 

Dalam erti kata yang lain, warna ini dapat menggambarkan keanggunan dan memberi kesan elegan dan klasik dalam penampilan.

 

Emerald Green adalah pilihan warna yang memberi inspirasi dan menaikkan pesona serta keterampilan gadis.

 

Warna hasil inspirasi sentuhan alam ini bukan sahaja menyerlahkan fesyen yang sedang  digayakan, tetapi menjadikan ia tampak lebih classy.

 

Pasti kamu menjadi tumpuan tatkala berkumpul bersama sanak saudara dan teman di hari lebaran.