REMAJA percaya pasti ramai gadis yang mempunyai masalah rambut gugur tetapi jangan risau, dengan melakukan beberapa langkah anda boleh mengatasi masalah rambut gugur yang boleh membuatkan keyaikan diri kamu semakin menurun.

 

1. Jangan ikat rambut terlalu ketat

 

 

Apabila anda mengikat rambut terlalu ketat, ia akan membuatkan rambut tertarik dan mengakibatkan rambut mudah putus dan tercabut dari akar. Malah penggunaan jenis getah juga tidak harus di pandang ringan.

 

Elakkan daripada mengikat rambut dengan menggunakan ‘getah sayur’ kerana ia akan membuatkan rambut kamu semakin kusut dan gugur.

 

2. Basuh rambut dengan teratur

 

 

Kurang mencuci rambut boleh menyebabkan rambut berbau dan berkelimumur. Rambut yang terlebih cuci pula akan membuatkan ia rapuh, kering dan mudah gugur.

 

Sebaiknya aturkan waktu membasuh rambut anda sekurang-kurangnya dua hari sekali untuk mengekalkan kebersihan dan kesihatan rambut.

 

3. Guna syampu anti-gugur

 

 

Gunakan syampu yang mempunyai manfaat anti-gugur. Ini kerana, kandungan yang ada di dalam syampu itu akan membuatkan akar rambut jadi lebih kuat dan sihat. Contoh yang terbaik adalah syampu yang mempunyai khasiat ginseng.

 

4. Sapu minyak setiap malam

 

 

Alternatif lain yang boleh diamalkan adalah dengan pemakaian minyak kelapa pada setiap malam. Sapukan minyak itu di kawasan kulit kepala kemudian buat urutan lembut supaya melancarkan pendarahan di bahagian kepala.

 

Amalan ini akan membuatkan rambut jadi lebih sihat, menyuburkan kulit kepala dan akar rambut malah ia akan mempercepatkan proses pertumbuhan rambut.

 

5. Amal petua bunga raya

 

 

Mungkin anda biasa dengar petua orang tua tentang khasiat bunga raya. Jadi mengapa perlu pandang remeh ? Cubalah petua ini. Ambil beberapa kuntum bunga raya berwarna merah kemudian tumbuk sehingga ia keluar lendir kemudian sapukan ia di kawasan rambut.

 

Biar sehingga beberapa minit kemudian bilas ia dengan air yang sejuk dan bersih. Teknik ini bukan sahaja dapat menguatkan akar rambut malah ia juga dapat menghitamkan serta menurunkan suhu panas di kawasan kepala.