Cuba kamu tanya pasangan kamu, antara twitter, instagram, blog, dan soundcloud mana satu yang menjadi pilihan mereka.

 

Kenapa ??

 

Sebab tahukah kamu, setiap media sosial yang si dia suka gunakan melambangkan siapa dirinya yang sebenarnya..

 

Jadi kalau kamu nak tahu apakah karakter dia yang sebenarnya kenalah baca artikel ini sampai habis!

 

 

☛ Twitter

Meskipun terbatas dengan 140 patah perkataan ,namun si dia tetap suka mengupdate segala rutin hariannya di twitter. Itu tandanya si dia seorang yang simple dan suka mengikut perasaan. Golongan twitter ini, mereka lebih selesa bercakap secara terbuka dan terus. Adakalanya kata-kata mereka agak sinis dan pedas tetapi percayalah hati mereka baik!

 

☛ Instagram

Kekuatan terbesar Instagram adalah aplikasi foto dan filternya. Lelaki yang menyukai aplikasi ini lebih suka bertindak daripada berkata-kata. Mereka juga individu yang cintakan keindahan dan bijak mengekspresikan perasaan mereka. Golongan seperti ini sebenarnya agak rumit untuk di fahami kerana mereka mempunyai tangapan dan idealogi tersendiri.

 

☛ Blog

Media sosial seperti blogger, Tumblr dan Wordpress memang khusus untuk individu yang suka menulis. Lelaki yang menyukai media sosial seperti ini suka bercerita panjang dan mempunyai daya pemikiran yang panjang. Jaga-jaga lelaki seperti ini pandai bermain dengan ayat-ayat manis

 

☛ SoundCloud

Soundcloud sangat sesuai untuk jejaka yang sukakan muzik. Jika si dia suka menghabiskan masa di laman sosial ini itu bermakna si dia benar-benar seorang yang suka menyanyi. Muzik adalah dunianya. Jadi mereka sangat berjiwa seni dan sensitive. Berhati-hatilah bila berbicara dengannya.