Koleksi istimewa hitam putih oleh Fashion Valet yang berkerjasama dengan Nora Danish mampu membuatkan kamu kelihatan klasik di pagi raya.

 

Dengan berkonsepkan warna  ‘Ying & Yang’ busana ini membawa maksud kecekalan dan kelembutan seperti apa yang ada dalam diri setiap gadis.

 

Menariknya, koleksi yang tersedia ini boleh dibeli dan  digayakan secara berasingan.  Contoh seperti memilih blaus atau skirtnya sahaja. Tujuan utama, supaya si pemakai bebas bergaya mengikut kreativiti tersendiri agar kekal nampak anggun dan mampu dimiliki.

 

Segala maklumat lanjut boleh layari www.fashionvalet.com