Pernah tak berjumpa dengan mereka yang makan dengan banyak, tambah nasi, lauk itu dan ini tetapi berat badannya masih 'maintain' dan tak naik-naik?

Sedangkan kita makan lebih sikit badan mula cepat naik. Mesti rasa cemburu dan pelik bagaimana mereka ini dapat kekalkan berat badan.Seperti kita ketahui, setiap makanan yang dimasukkan ke dalam badan kita akan diproses menjadi tenaga.

Jika makanan yang masuk tidak melebihi kalori di dalam badan maka berat badan akan menjadi statik. Tubuh kamu sebenarnya membakar kalori dengan beterusan pada setiap waktu, bukan sahaja pada waktu bersenam, malah semasa kamu tidur, menonton televisyen mahupun membeli belah.

Jadi, kadar metabolisme setiap orang adalah berbeza. Kebiasaan orang gemuk mempunyai kadar metabolisme yang rendah dan sebaliknya bagi orang kurus.

Maka tidak hairanlah bila ada sebahagian orang gemuk makan sikit je pun tetap bertambah berat badannya dan atlit sukan makan banyak tapi berat badan masih kekal.

Berikut adalah kaedah bagaimana untuk meningkatkan kadar metabolisme badan:

Makan

 

http://support.karangkraf.com/editorial/rem/7%20tips%20metabolisma/kucing-makan-lucu.jpg


Makan jenis makanan ringan seperti snek dengan kerap dapat membantu meningkatkan metabolisma badan. Makan dengan kerap bersama jumlah yang sikit mampu memastikan badan anda sentiasa berfungsi (bekerja). Jika kamu tidak makan, fungsi tubuh akan menurun dan kamu akan mungkin makan berlebihan pada waktu seterusnya.

Pilihlah snek yang mengandungi fiber dan protin yang tinggi seperti buah-buahan, biskut berfiber tinggi atau dadih. Dan bukannya snek seperti Kit-Kat, Pringles atau snek yang mengandungi kadar garam yang tinggi. Elakkan!

Minum Air Secukupnya

 

http://support.karangkraf.com/editorial/rem/7%20tips%20metabolisma/minum.jpg


Bahagian ini ramai yang kurang amalkan. Betul tak? Walaupun tip ini dah selalu dengar tetapi ramai yang tidak mengambil serius tentang hal ini.

Bagi membantu badan kamu berfungsi pada tahap yang optimum, minumlah 8 gelas air sehari seperti mana disyorkan oleh pakar pemakanan. Nak minum lebih dari 8 gelas pun takpe. 'It's Free Calory!'


Jangan Stress

 

http://support.karangkraf.com/editorial/rem/7%20tips%20metabolisma/stress.jpg


Elakkan 'stress' yang kerap kerana ia boleh meningkatkan jumlah kortisol di dalam badan. Kortisol merupakan hormon yang memberitahu kepada tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persedian sekiranya berlaku situasi dalam keadaan tekanan yang tinggi.

P/s: Patut la ramai golongan wanita stress je makan, stress je makan. Hihi

Senaman Cardio

 

http://support.karangkraf.com/editorial/rem/7%20tips%20metabolisma/best_cardio.jpg

Selain menjaga pemakanan, senama cardio seperti jogging, berenan, berbasikal juga amat penting untuk meningkatkan metabolisme dalam badan. Bila badan sentiasa aktif, metabolisme juga akan turut meningkat.

Tidur Yang Cukup

 

http://support.karangkraf.com/editorial/rem/7%20tips%20metabolisma/tidur-nyenyak.jpg


Badan memerlukan rehat. Tidurlah sekurang-kurangnya 7 hingga 8 jam setiap malam kerana ia dapat mengekalkan metabolisme yang sihat. Kekurangan tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh untuk membakar kalori.

Elakkan tidur lewat! Cuba kekalkan rutin tidur yang konsisten dan bangun pada awal pagi.

P/s: Jangan tertinggal solat subuh!

Minum Teh Hijau atau Teh Oolong
 

http://support.karangkraf.com/editorial/rem/7%20tips%20metabolisma/teh%20hijau.jpg


Jika selama ini minum pilihan di kedai mamak atau waktu lepak adalah teh o ais, ABC, Coconut Shake, cuba gantikan pula dengan teh hijau atau teh oolong. Ia mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan kadar metabolisma. Minum sebanyak 4 sehingga 5 cawan sehari untuk dapatkan kesannya.

Nak cepat sikit? Cuba minum tanpa gula! Hehehe

Makan Pedas

 

http://support.karangkraf.com/editorial/rem/7%20tips%20metabolisma/cili.jpg


Pasti ramai yang suka makan makanan pedas atau bercili? Ini berita baik untuk kamu!

Kandungan 'capsaicin' di dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas kamu memakannya. Jadi badan akan kekal aktif bekerja membakar kalori dan meningkatkan metabolisma.