Masa zaman kanak-kanak dulu tak tau kenapa rasa excited sangat bila mak bekalkan makanan ke sekolah. Time tu la masing-masing nak show off dekat kawan-kawan tentang makanan apa yang dibawa pada hari tersebut. Hehe

 

Kalau di Malaysia rasanya rata-rata daripada kita dah tau bagaimana bentuk dan rupa bekalan yang biasanya mak-mak berikan kepada anak untuk waktu lunch. Tapi pernah tak korang terfikir macam mana pula kalau kanak-kanak di luar negara menikmati makan tengah hari mereka?

 

Kali ni REMAJA cuba nak bawa korang ke 12 buah negara lain dengan berkongsi budaya mereka pula. Jangan ingat rakyat Malaysia je yang bawa bekal ke sekolah tau. Sebab masih ada juga segelintir pelajar yang malu kalau mak bekalkan makanan. Come on wey, mat salleh pun bawa bekal la. Hiks!

 

1.    Pelajar di Buenos Aires, Argentina gemar membawa bekal makanan seperti kentang dan empanada (makanan ibunda) bersama kepingan daging untuk waktu lunch.

 

 

2.    Di London, England biasa korang akan melihat dorang menikmati makanan seperti pasta dengan brokoli, roti dan juga buah-buahan.

 

 

3.    Orang Ecuador pula akan bekalkan mini sandwich, air kotak dan buah-buahan. Untuk alas perut agaknya ni.

 

 

4.    Homemade lunch di Jammu, India adalah roti capati bersama lobak dan buah mangga.

 

 

5.    Sama seperti di London, pelajar di La Fria, Venezuela menikmati pasta dan arepas (kek jagung sebagai pencuci mulut) pada waktu tengah hari.

 

 

6.    Lain pula di Zhejiang, China, pelajar mereka lebih kurang sama dengan kita kerana makan nasi untuk lunch dengan lauk pauk kekacang dan mixed vege.

 

 

7.    Yeah, mesti korang dah dapat agak pelajar di Indonesia punya makanan waktu lunch. Tak jauh beza dari Malaysia, mereka juga makan nasi bersama sup meatball, tofu dan sayuran.

 

 

8.    Pelajar di Havana, Cuba pula menikmati makan tengah hari dengan nasi, ayam croquette, taro roots dan sup kacang kuning.

 

 

9.    Sup sayur, pan-fried meat bersama salad, roti dan buah-buahan adalah menu pilihan untuk pelajar di Barcelona, Spain.

 

 

10.    Di Paris, pelajar akan menikmati sajian pike fish, green beans bersama cendawan sebagai makanan lengkap pada waktu lunch.

 

 

11.    Sementara di negara Pakistan, pelajar mereka membawa bekalan ke sekolah yang mengandungi makanan seperti telur, nuget ayam, daging, sayuran, roti, nasi atau mi. Menu ini bertukar-tukar mengikut cita rasa mereka.

 

 

12.    Kebiasannya, menu lunch bagi pelajar di New York, US adalah seperti kacang panggang, sandwich meatball, lobak merah, brokoli, buah pic, pisang dan juga susu coklat. Kalau habis ni semua, memang kenyang sampai petang la jawabnya.
 

 

Sumber: 9gag.com